BTC USD 62,895.4 Gold USD 2,659.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidiladha di Bidor suram, ibadah korban batal kerana PKPD

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,664
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,664
Reaction score
2,142
Points
266
Awards
1
Aidiladha di Bidor suram, ibadah korban batal kerana PKPD
Yasmin Abdul Latif - July 20, 2021 10:45 AM
hari-raya-haji-lembu-sembelih-bernama-31072020.jpg
Adnan Ariffin berkata ramai yang kecewa ibadah korban dibatalkan kerana ada dalam kalangan mereka menabung untuk menyertai korban pada tahun ini. (Gambar Bernama)

PERAK: Sambutan Aidiladha di Bidor, Perak sedikit suram tahun ini apabila buat pertama kali tidak dapat menjalankan ibadah korban susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), kata Ahli Jawatankuasa Masjid al-Muhtadin, Adnan Ariffin.

Beliau berkata, pihak masjid terpaksa membatalkan tempahan lembu memandangkan kawasan tersebut merekodkan jumlah jangkitan yang tinggi, selain akur dengan arahan PKPD.

“Memang tak jadi ‘tumbang’ lembu tahun ini, tambah pula di sini kes tengah tinggi, kalau nak diteruskan juga memang risiko takut muncul pula kluster korban,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Adnan sempat meluahkan rasa terkilan kerana ramai yang kecewa ibadah korban dibatalkan kerana ada dalam kalangan mereka menabung untuk menyertai korban pada tahun ini.

“Bila tak jadi buat korban kami terpaksa pulangkan semula duit, agak terkilan bila ramai yang sedih korban batal, sebab ada antara mereka bukan orang senang, sanggup menabung nak sertai korban,” tambah beliau.

Penternak lembu rugi besar
Sementara itu, penternak lembu di Teluk Intan, Ismail Bahaudin berkata, dia berdepan kerugian lebih RM60,000 selepas pembeli membatalkan tempahan lembu untuk sambutan Aidiladha.

“Apabila pembeli membatalkan tempahan untuk raya haji membuatkan saya penternak menangung kos makanan lembu yang amat tinggi, tambah dengan upah pekerja, seekor lembu yang saya jual mencecah harga dari RM3,900 hingga RM5,000 ikut saiz.

“Seekor saya tanggung makan RM30, kalau lembu 50 ekor dah RM1,500. Upah orang kerja dengan bayaran RM50, pekerja 6 orang sehari, jadi jumlah sehari hampir RM2,000, kalau dah 200 ke 300 ekor lagi teruk kena tanggung,” kata Ismail.

Ismail berkata, permintaan lembu pada hari raya Aidiladha tahun ini agak terjejas berbanding tahun lepas dengan kes jangkitan yang tidak menentu membuatkan penternak susah nak menjangka jumlah jualan.

“Raya haji pada tahun ni terjejas daripada tahun lepas banyak lembu tak boleh dikeluarkan susah nak jangka jumlah jualan, sudahlah kebanyakan penternak macam saya hanya jual lembu pada musim hari raya saja,” katanya.

Meneliti SOP ibadah korban di negeri itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebelum ini memaklumkan hanya 20 petugas dibenarkan bagi setiap sesi pelaksanaan ibadah korban dan akikah di Perak sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Namun, pengarahnya Mohd Yusop Husin bagaimanapun berkata, ibadah korban dan akikah tidak dibenarkan di kawasan yang menjalani PKPD.

 
Sponsored Post

kesian lah tapi x koso den nk nolong eh....

niat nk buek korban dlm nogori sndiri x kesampaian... tokey lembu pulak rugi riban2

lembu2 pun bersyukur selamat aku ekekekeekeke

Lembu syukur apa pulak..
X kne korban skrng..

Esok2 kne sembelih je.. Orang jual kilo.. :ROFLMAO:
 
Lembu syukur apa pulak..
X kne korban skrng..

Esok2 kne sembelih je.. Orang jual kilo.. :ROFLMAO:
dalam hati lembu, "mati ni pasti, tapi harap ada orang kidnap aku dan suntik aku la, boleh la high layan feeling jap. sebelum mati"

p/s: kes kidnap lembu takde pula time raya korban ye.
 
dalam hati lembu, "mati ni pasti, tapi harap ada orang kidnap aku dan suntik aku la, boleh la high layan feeling jap. sebelum mati"

p/s: kes kidnap lembu takde pula time raya korban ye.

Orang takut covid skrng ni..

Kes2 mencuri da kurang..

Geng mencuri ni rse mudah lagi jln2 ambil makanan dkt food bank je..

Pastu jual..

Atau letak bendera putih..

Dpt beras..

Cth ni sekadar hiburan.. :D

IMG_20210718_210337.jpg
 
tujuan korban ni utk apa sebenarnya?
nk bg makan fakir miskin ..ke duk harap binatang korban tu jadi tungangan akhirat?🤣
kita bila dh niat kerana Allah..utk tahun ni..xleh buat dlm waktu pkpd ni..buatlah lepas pkpd..jadi yg tahun depan kutip pulak setahun utk tahun depan..tu yg betulnya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register