BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Berkenan Kurnia 100 Lembu Bagi Ibadah Korban

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Agong Berkenan Kurnia 100 Lembu Bagi Ibadah Korban​

713b79c5b230d8e2262341a245fb49fa6a0a830e05b83

Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan ibadah korban sunat peribadi bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh di Istana Negara, hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

Sementara itu, Munir menerusi doanya memohon ibadah itu diterima Allah SWT dan semoga Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

 
Back
Top
Log in Register