BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidiladha: PM Anwar Sumbang 260 Ekor Lembu Korban Untuk Parlimen Permatang Pauh

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Aidiladha: PM Anwar Sumbang 260 Ekor Lembu Korban Untuk Parlimen Permatang Pauh​

98e3614e0abb43f7e02b522fab4ba5ec6a157d41e0eda

48be37e790774ce4ba8d3da5cc5fdb696a157d39d06ba

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyumbangkan sebanyak 260 ekor lembu korban kepada Parlimen Permatang Pauh bersempena dengan Hari Raya Aidiladha tahun ini, bagi membantu golongan memerlukan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 155 ekor lembu diagihkan menerusi Program Korban MADANI di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen berkenaan, iaitu DUN Seberang Jaya sebanyak 54 ekor, DUN Penanti (67 ekor) dan DUN Permatang Pasir (34 ekor), manakala 105 ekor lagi disumbangkan kepada Masjid Daerah Seberang Perai Tengah.

Perdana Menteri berkata ibadah korban bukan sekadar pelaksanaan ritual agama, sebaliknya membawa mesej besar mengenai ketaatan kepada Allah SWT, semangat pengorbanan dan daya juang dalam kehidupan.

“Pertama, ia jelas taat kepada Allah SWT, kedua semangat pengorbanan kerana tidak ada perjuangan, erti kehidupan jika tidak tahu erti kesabaran dan daya tahan untuk berjuang.

“Kekuatan tambahan ini (menjadikan) ibadah itu memberi manfaat kepada masyarakat. Betul korban itu kegiatan ibadah, tetapi manfaatnya kepada keluarga dan masyarakat,” kata beliau pada majlis agihan lembu korban berkenaan di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata satu pendekatan baharu diperkenalkan dalam pelaksanaan korban tahun ini, apabila peserta yang berkemampuan turut menyumbang sebahagian kos bagi menjayakan ibadah berkenaan.

Beliau berkata kaedah itu memberi lebih penghayatan kepada peserta tentang erti ibadah korban, kerana turut menyumbang secara langsung dalam menjayakannya.

Beliau berkata penghayatan ibadah korban juga perlu diterjemahkan melalui usaha menyantuni rakyat terutama fakir miskin, golongan kurang bernasib baik dan mereka yang dibelenggu kesusahan hidup.

“Jadi sementara kita ada rezeki, kita gunakan untuk meringankan beban masyarakat sekeliling kita sebab itu, apabila saya mendapat amanah memimpin, saya fikir kita tidak boleh hanya menunggu orang miskin atau golongan kurang upaya menghantar memo baru kita nak bertindak.

 
Back
Top
Log in Register