BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agensi Kerajaan, Badan Penguat Kuasa Parlimen Indera Mahkota, Kuantan Terima Sumbangan Lembu Korban

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Agensi Kerajaan, Badan Penguat Kuasa Parlimen Indera Mahkota, Kuantan Terima Sumbangan Lembu Korban​

044061342456bba497f86ba97913f3596a088bda41c76

34c5e870c88263ac7f07102a62c6f8926a088be2d469d

fb Ahmad Farhan Fauzi

Agensi kerajaan, badan penguat kuasa, masjid, surau dan pertubuhan komuniti di Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan, menerima sumbagan lembu korban di sini hari ini.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata sumbangan, diserahkan antara lain bagi memastikan kelancaran ibadah korban tahun ini, di samping mempererat ukhuwah bersama.

“Program tahunan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kita dalam memperkukuh nilai kebajikan, menyuburkan semangat gotong-royong, serta menyantuni masyarakat pada peringkat akar umbi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Sumbangan itu disampaikan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban bagi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan di Masjid Tengku Abdullah Al Haj, Chengal Lempong.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan menzahirkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid, agensi terlibat, sukarelawan dan penyumbang.

 
Back
Top
Log in Register