BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Zahir Penghargaan Kepada Ahli Meteorologi Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
8cf769f94c60d158952ef6b533bfecab69c0bd68e297e

Kredit : FB Malaysian Meteorological Department

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan bersempena dengan sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026 kepada seluruh ahli meteorologi negara atas komitmen mereka dalam memastikan keselamatan rakyat melalui pemantauan dan penyampaian maklumat cuaca yang tepat.

Beliau berkata setiap ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan mempunyai tujuan penting iaitu memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

“Hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi khususnya warga Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), atas komitmen mereka memantau, menganalisis dan menyampaikan maklumat cuaca secara berterusan kepada kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bertemakan “Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok”, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata peranan meteorologi semakin penting dalam memastikan setiap langkah yang diambil hari ini mampu melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

Terdahulu, METMalaysia menerusi hantaran berasingan memaklumkan tema berkenaan menekankan kepentingan teknologi dan usaha pemantauan meteorologi yang tepat serta terkini dalam melindungi kehidupan dan alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim,” menurut jabatan itu yang turut meraikan ulang tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

 
Back
Top
Log in Register