Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Agong Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji
Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Pahlawan, hari ini.
Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, di Dataran Pahlawan Negara, di sini.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada 8.45 pagi disambut dengan alunan lagu Negaraku, disusuli dengan 21 das tembakan kehormatan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Hafizan Mat Ghani.
Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 25 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom.
Keadaan cuaca dengan hujan renyai dan suhu kira-kira 26 darjah Celsius mengiringi perbarisan yang bermula pada 7.50 pagi, yang turut menampilkan acara gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Muhamad Nor Azizan Yahya dengan persembahan lagu-lagu patriotik.
Berita lanjut menyusul