PC News Adobe Akhiri Zaman Kegemilangan "Flash" Pada 2020

CG Sponsors




fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,522
Reaction score
330
Points
131
game kat fb masih pakai flash ke??
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,474
Reaction score
3,673
Points
236
Microsoft Kini Dalam Persediaan Untuk Mematikan Sokongan Flash Player

Microsoft sebelum ini sedia mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash Player. Selari dengannya, kini gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka dalam penamatan sokongan berkenaan.

Seperti semua sedia maklum, Adobe akan menamatkan sokongan Adobe Flash Player pada Disember 2020 ini. Selepas daripadanya, tiada lagi penawaran Flash Player, dan tiada lagi kemaskini akan ditawarkan untuknya.

Selari dengannya, Microsoft turut mengumumkan mereka tidak akan menawarkan kemaskini untuknya selepas Disember 2020 ini. Microsoft turut akan mematikan Flash Player yang menggunakan versi sebelum Jun 2020 bermula Januari 2021 kelak.

Microsoft Edge versi Chromium juga akan menamatkan sokongan untuk Flash Player, selain Microsoft mengatakan versi Internet Explorer 11 juga tidak akan menerima sebarang kemaskini sekuriti daripada Microsoft untuk Flash Player selepas tahun ini.

Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan sebuah perisian khusus untuk membuang komponen Flash pada Windows. Tarikh untuk pengenalan perisian ini masih tidak diketahui lagi.

Bagi pengguna perushaan yang memerlukan akses ke Flash Player, akan perlu menjalankan Edge pada mmod Internet Explorer, dan memberi kebenaran untuk mmenjalankan kod Flash.

Sumber rujukan https://blogs.windows.com/msedgedev/2020/09/04/update-adobe-flash-end-support/
 

isteri_aku

Active Member
Joined
Feb 5, 2012
Messages
2,066
Reaction score
27
Points
40
Zaman modem dial-up lagi nih. Penat mendonlod email yg pakai flash gune modem 56kbps. Paling tinggi dapat pon 42kpbs...tu lepas 18x dial.
Shahdu....srot....srottt!
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,474
Reaction score
3,673
Points
236
Microsoft Kini Membuang & Tidak Sertakan Sekali Adobe Flash Player Dalam Sistem Windows

Seperti semua tahu, sokongan terhadap aplikasi Adobe Flash Player akan ditamatkan sepenuhnya oleh Adobe pada 31 Disember tahun ini. Jadi bermula hari ini, Microsoft telah mula membuang Adobe Flash Player dari sistem operasi komputer Windows 10. Ia dilakukan dengan penawaran kemas kini pilihan terbaru Windows 10 KB4577586 oleh Microsoft kepada pengguna Windows 10 hari ini.

Applying this update will remove Adobe Flash Player from your Windows device.” Microsoft

Namun begitu, apa yang perlu difahami pengguna adalah hanya versi Adobe Flash Player yang didatangkan sekali bersama sistem Windows sahaja akan dibuang dari komputer pengguna. Bagi versi Adobe Flash Player yang dipasang secara berasingan ke dalam sistem Windows, aplikasi tersebut tidak terjejas dengan kemas kini ini. Malah dari semakan oleh laman Bleeping Computer juga mereka mendapati, komponen Adobe Flash Player yang terdapat dalam pelayar Microsoft Edge dan pelayar lain juga tidak terjejas dengan kemas kini ini.

Berikut adalah senarai penuh versi Windows yang menerima kemas kini tersebut sepertimana yang dinyatakan Microsoft;
  • Windows 10, version 1909
  • all editions Windows 10, version 1903
  • all editions Windows Server 2019
  • all editions Windows 10, version 1809
  • all editions Windows Server version 1809
  • Windows 10 version 1803
  • all editions Windows Server version 1803
  • Windows 10 version 1709
  • all editions Windows Server version 1709
  • Windows 10 version 1703
  • all editions Windows Server 2016
  • Windows 10 version 1607
  • all editions Windows 10
  • Windows Server 2012 R2
  • Windows RT 8.1
  • Windows 8.1
  • Windows Server 2012
Sebagai peringatan, Microsoft turut memaklumkan bahawa kemas kini ini tidak boleh dinyah pasang semula oleh pengguna.

After you apply this update, it cannot be uninstalled.” Microsoft.

Untuk mendapatkan kemas kini KB4577586 ini, anda perlu mendapatkannya sendiri dengan memuat turunnya dari laman Microsoft Update Catalog. Ini kerana Microsoft menyatakan bahawa kemas kini ini hanya akan ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna menerusi kemas kini sistem Windows pada awal tahun hadapan. “This update is currently not available in Windows Server Update Service (WSUS). It will be made available in early 2021.” Microsoft
 

alkeysah

Fun Poster
Joined
Apr 21, 2012
Messages
455
Reaction score
35
Points
30
sempat la buat animation dan mini game dulu2 guna flash.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,474
Reaction score
3,673
Points
236
Internet Archive Akan Arkibkan Animasi & Permainan Berasaskan Flash

Adobe telah pun mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash, dan sejumlah pembangun perisian telah mula membuang integrasi dan sokongan untuknya. Dengan penamatan era Flash, semestinya ramai yang ingin mengamit memori kemmbali melihat sejumlah animasi, permainan dan sebagainya berasaskan Flash yang popular suatu ketika dahulu.

Selari dengannya, kini Internet Archive mengumumkan mereka akan mengarkibkan animasi dan permainan Flash dibawah mereka. Untuk menjayakannya juga, mereka akan menggunakan pelagak Flash mereka tersendiri untuk menjalankan pelbagai karya berkenaan terus pada pelayar web pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna untuk terus menikmati animasi dan permainan walaupun tidak mempunyai pemain Flash pada komputer mereka.

Adobe-Flash-Arkib-950x583.jpg


Layari https://archive.org/details/softwarelibrary_flash_showcase
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,474
Reaction score
3,673
Points
236
Firefox Akan Tamatkan Sokongan Untuk Adobe Flash Pada Januari 2021

Mozilla sedia mmengumumkan bakal menawarkan sokongan untuk Adobe Flash tidak lama lagi. Terbaru, pembangun pelayar web Firefox mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan Adobe Flash pada Firefox bermula 26 Januari 2021 kelak. Ini bermakna, Firefox 84 akan menjadi versi terakhir untuk menyokong Flash, dan Firefox 85 tidak lagi akan menyertakan sokongan tersebut. Mozilla turut mengatakan perkara ini akan meningkatkan sekuriti dan prestasi pelayar web Firefox kelak.

Dengan perubahan ini, tiada lagi kandungan Flash yang boleh diakses melalui Firefox selepas itu. Langkah ini selari dengan pihak Adobe sendiri yang telah mengumumkan bakal menamatkan sokongan untuknya – selain pelbagai pembangun perisian dan sistem operasi yang telah mula menamatkan sokongan untuknya.

Sumber asal https://blog.mozilla.org/futurereleases/2020/11/17/ending-firefox-support-for-flash/
 

userun

Super Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
6,388
Reaction score
73
Points
80
abis tu nak buat animasi nak guna perisian apa? aku baru nak create satu animasi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register