BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Pencipta USB Flash Pertama Dunia Kembali, Tubuh Syarikat Mikrocip Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Dato' Pua Khein Seng, individu di sebalik ciptaan cip USB flash pertama dunia, kini kembali ke Malaysia dengan menubuhkan syarikat teknologi tempatan yang dikenali sebagai MaiStorage. MaiStorage memfokus kepada reka cipta mikrocip dan teknologi storan data. Pelancaran syarikat ini turut disertakan komitmen pelaburan berjumlah RM100 juta, serta pemindahan teknologi dianggarkan bernilai RM1 bilion. Syarikat tersebut menyasarkan penyenaraian IPO menjelang tahun 2028.

Pua sebelum ini menubuhkan Phison Electronics di Taiwan selepas cubaannya untuk membawa visi membina hab mikrocip di Malaysia tidak berjaya pada tahun 1999 disebabkan beberapa halangan birokrasi, dasar yang terbatas, dan ekosistem yang belum matang dan bersedia. Kini beliau kembali dengan hasrat untuk menyumbang semula kepada pembangunan industri teknologi negara.
1753889302975.png

Bukan itu sahaja, beliau ingin mengelakkan lebih ramai bakat-bakat Malaysia berhijrah ke luar negara. Oleh yang demikian, Pua menawarkan gaji yang setimpal di mana gaji permulaan RM6,000 untuk graduan baharu, sementara jurutera berpengalaman mencecah 5 angka.
Screenshot-2025-07-29-at-4.26.49-PM.png

Semakan di platform JobStreet menunjukkan MaiStorage telah mula membuka peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang kompetitif. Antara jawatan yang diiklankan termasuk:​
  • Jurutera Perisian: RM4,000 – RM6,000 sebulan​
  • Jurutera Perisian Tegar: RM6,000 – RM8,000 sebulan​
  • Jurutera AI: RM6,000 – RM8,000 sebulan​
  • Intern Pemasaran: RM1,200 – RM1,500 sebulan​
Syarikat ini juga memfokus kepada pembangunan bakat tempatan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyokong ekosistem teknologi di Malaysia.

Sumber asal FB Nurul Izzah Anwar
 
‘Pen Drive Man’ Sedia Latih Pensyarah Malaysia Elak Pakar Lari Ke Luar Negara

08.08.2025 - Usahawan Malaysia, Pua Khein Seng, pencipta pemacu kilat USB cip tunggal pertama dunia bersedia menawarkan latihan kepada ahli akademik tempatan di ibu pejabatnya di Taiwan sebagai usaha mengukuhkan sektor teknologi negara dan mengekang penghijrahan tenaga pakar. Mengakui Malaysia merupakan negara berpengalaman dalam bidang pemasangan peranti semikonduktor, Pua berkata sistem pendidikan negara masih memerlukan lebih banyak pendedahan dalam bidang reka bentuk semikonduktor dan litar bersepadu serta menawarkan untuk melatih ahli akademik tempatan dalam bidang tersebut.

“Kita ada banyak perkara yang boleh ditawarkan untuk bekerjasama dengan universiti tempatan, jika mereka mahu. Jadi, jika mereka mahukan lebih sokongan, mereka boleh menghantar beberapa orang profesor mereka ke syarikat saya di Taiwan, dan bekerjasama dengan jurutera saya sekurang-kurangnya selama setahun. Jika mereka boleh tinggal selama setahun, mereka akan tahu apa yang ada di sana, dan apabila mereka kembali ke kampus, mereka boleh mendidik pelajar mereka dalam bidang kejuruteraan dengan lebih mudah,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Pua menubuhkan syarikat MaiStorage Technology Sdn Bhd – sebagai anak syarikat kepada Phison, syarikat Taiwan miliknya yang mencipta pemacu kilat USB cip tunggal. MaiStorage ialah penyedia reka bentuk litar bersepadu dan teknologi storan yang menyasarkan pusat data, aplikasi kecerdasan buatan (AI), dan industri automotif di negara ini. Syarikat ini dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini, dan dikendalikan oleh Sidec, dengan pelaburan bersama daripada kerajaan Selangor dan Kementerian Ekonomi. Seperti strategi terdahulu dengan Phison, Pua berkata matlamat jangka panjang MaiStorage adalah untuk merekrut dan melatih graduan baru dengan menawarkan gaji yang kompetitif.

Tahun lalu, syarikat itu mengambil lebih 50 jurutera peringkat permulaan dari universiti-universiti tempatan di Malaysia, dengan gaji permulaan sebanyak RM6,000. Pua berkata, dia merancang untuk mengambil sekitar 70 hingga 100 lagi graduan tahun ini, dan berharap untuk meningkatkan tenaga kerja syarikat secara beransur-ansur. Dalam hal ini, dia menjelaskan adalah penting untuk “melatih jurulatih” jika Malaysia serius mahu memperluaskan kepakaran dan peluang dalam bidang reka bentuk litar bersepadu dan semikonduktor.

“Kamu lihat, sekarang saya ada 50 jurutera? Saya sendiri perlu latih (mereka) semua. Sekarang saya perlu ambil 75 lagi, saya juga yang kena latih. Selepas 10 tahun, saya masih melatih sendiri. Kenapa tidak universiti yang melatih untuk kita? Jika kamu mahu bangunkan Malaysia sebagai kluster yang baik dalam reka bentuk, maka latih jurulatih dulu, latih profesor dulu. (Ini ialah) cara yang lebih cepat. Latih jurulatih,” katanya.

Pua berkata dia sanggup melakukan perkara ini kerana semangat cintakan negara dan mendakwa syarikat asing tidak begitu berminat untuk memindahkan pengetahuan teknologi mereka. Katanya, dia mahu melabur dalam industri ini kerana yakin dengan potensinya selain berharap dapat mengembangkan pasaran reka bentuk litar bersepadu dan semikonduktor di Malaysia.

“Kita akui bahawa pasaran Malaysia ketika ini masih kecil. Tetapi apabila kita lihat berapa banyak sistem elektronik yang kita import dari luar negara, jumlah itu sangat besar. Jadi kerajaan perlu fikir bagaimana kita boleh menggunakan pasaran tempatan untuk memupuk syarikat-syarikat reka bentuk tempatan.”

Pua berkata penting untuk Malaysia mempunyai ekosistem dan pasaran yang boleh menyokong industri reka bentuk litar bersepadu (IC). Tambahnya, MaiStorage merancang gelombang kedua pengambilan pekerja, yang dijangka melibatkan antara 100 hingga 200 jurutera setiap tahun. Namun, untuk memastikan ia menjadi realiti, Pua menegaskan bahawa syarikat perlu mempunyai perniagaan di Malaysia.

“Tanpa perniagaan, kita tak boleh buat banyak,” katanya lagi.

Dia turut merancang untuk menyenaraikan syarikat itu di pasaran saham menjelang 2028, dan sekali lagi menekankan bahawa ia hanya dapat dicapai dengan sokongan kerajaan. Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah Anwar bertemu Pua untuk membincangkan visi jangka panjangnya terhadap MaiStorage dan masa depan industri teknologi Malaysia. Dalam pertemuan itu, usahawan tersebut menyatakan hasrat untuk membawa pelaburan sebanyak RM100 juta ke Malaysia, serta pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion, yang akan membolehkan Malaysia menerajui industri reka bentuk mikrocip.
1754633234068.png
 
Pencipta Pendrive Percaya Politik Malaysia Kini Lebih Stabil

09.08.2025 - Usahawan kelahiran Malaysia, Pua Khein Seng, yakin usaha terbarunya, MaiStorage — singkatan bagi Malaysia AI Storage — akan merangkul kejayaan. Ditubuhkan di Puchong tahun lalu, ini adalah percubaan keduanya membina asas perniagaan di Malaysia selepas gagal pada 2012. Pengasas Phison Electronics Corporation yang berpangkalan di Taiwan itu berkata, dia kembali untuk mencuba sekali lagi kerana percaya Malaysia kini memiliki kestabilan politik yang lebih baik dan sistem sokongan yang lebih kukuh.

“Saya percaya persekitaran politik Malaysia hari ini jauh lebih stabil berbanding beberapa tahun lalu. Sebagai pelabur, jika politik tidak stabil, saya rasa saya tidak mampu mengekalkan pelaburan dan pembangunan,” kata pencipta pemacu kilat USB cip tunggal pertama di dunia itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Pada 2012, Pua menubuhkan Phisontech Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, namun syarikat itu dapat menjana keuntungan dan ditutup pada 2020. Dia mengakui Phison membuat beberapa kesilapan yang menyumbang kepada kegagalannya, termasuk menganggap cawangannya di Malaysia tiada peranan strategik. Syarikat itu juga berdepan masalah lain apabila jurutera mereka bekerja dengan pesaing di Singapura yang mampu menawarkan gaji lebih tinggi kerana kadar tukaran mata wang republik itu yang lebih kukuh.

“… selepas kami melatih mereka selama dua tahun, mereka jadi mahir, kemudian berhijrah ke Singapura kerana gaji di sana lebih tinggi. Kemudian saya tanya diri sendiri, mengapa saya buat begitu? Saya rasa tiada nilai melatih pelajar hanya untuk mereka pergi ke syarikat dan negara lain… Jadi, saya putuskan untuk tutup operasi,” jelasnya.


Sokongan Perdana Menteri

Menurut Pua, antara faktor yang meyakinkannya untuk menubuhkan MaiStorage ialah komitmen yang diberikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menyokong industri reka bentuk litar bersepadu (IC). Dia menambah, kerajaan hari ini juga mempunyai visi teknologi yang lebih jelas berbanding 10 tahun lalu, ketika tumpuan lebih terarah kepada industri pembuatan. Pua berkata, untuk memastikan kejayaan MaiStorage, syarikat itu memerlukan pasaran tempatan bagi reka bentuk IC, dan perkara itu dipersetujui untuk diberi perhatian oleh Anwar.

“Dan beliau beri komitmen kerana saya katakan, saya boleh melatih jurutera, tetapi produk tempatan mesti ada. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk mengimport semua dari Korea, Taiwan, China, dan AS. Mengapa tidak gunakan sedikit bajet untuk menyokong industri tempatan? Perdana menteri kata ‘munasabah’. Kemudian, selepas pertemuan itu, saya terus putuskan untuk buka pejabat. Pejabat dibuka pada 1 Julai tahun lalu selepas saya berbincang dengan perdana menteri,” katanya.


Kestabilan Politik

Usahawan itu berkata, dalam pertemuan yang sama dia turut menekankan kepada perdana menteri tentang pentingnya memastikan kestabilan politik berterusan. Pua yakin, dengan pengalaman Phison dalam industri, MaiStorage mempunyai peluang yang sangat cerah untuk berjaya.

“Perdana menteri tanya, risiko apa yang saya bimbang boleh menyebabkan syarikat saya gagal lagi? Jawapan saya mudah: ‘kestabilan politik’. Jika saya gagal lagi kali ini, bukan kerana saya. Kali ini saya sudah lakukan yang terbaik. Saya sudah pindahkan teknologi, saya sedang melatih tenaga kerja, dan mereka juga berprestasi baik. Kami boleh buktikannya. Jadi, jika kami gagal lagi, ia akan berpunca daripada politik. Kita perlukan kestabilan politik. Namun, jika perniagaan saya gagal lagi dalam dua atau tiga tahun akan datang, saya terpaksa berundur,” katanya.

Dengan sokongan kerajaan, Pua berharap syarikatnya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2028. Dia berkata, itulah satu-satunya cara untuk memastikan MaiStorage kekal menguntungkan dan berdaya tahan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/751689
 
Back
Top
Log in Register