BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Senarai Model CPU Intel Arrow Lake Tertiris - Akan Ke Pasaran Pada 10 Oktober Ini

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Siri cip pemprosesan desktop Intel Arrow Lake dijangka akan hadir pada suku ketiga atau keempat tahun ini, tetapi melalui laporan daripada laman web teknologi China Benchlife, nampaknya keseluruhan senarai cip pemprosesan Intel tersebut dan juga tarikh pelancarannya sudahpun tertiris. Seperti yang dijangka, cip pemprosesan Arrow Lake adalah siri cip desktop pertama yang akan menggunakan nama model baru Core Ultra seperti apa yang diperlihatkan melalui siri cip pemprosesan Intel Meteor Lake pada tahun lepas.
image-30.png.webp

Menurut laporan tersebut juga, Intel dijangka akan mula memasarkan sejumlah daripada cip pemprosesan ini, yang terdirii daripada model-model Intel Ultra siri K, KF dan F dimana model dengan nama F tidak akan hadir dengan komponen cip pemprosesan grafik Intel Arc terbina. Model-model yang lain pula dikatakan akan dijual pada tarikh yang akan diumumkan kelak. Dari segi sokongan papan induk, Intel akan memperlihatkan sokongan untuk cipset Intel 800 yang akan terdiri daripada papan induk Z890, B860 dan H870. Kesemua papan-papan induk ini akan hadir dengan sokongan untuk Thunderbolt 4.0 dan tidak lagi menyokong memori DDR4. Butiran lanjut mengenai siri cip pemprosesan Intel ini dijangka akan diperlihatkan dalam masa terdekat ini.

Sumber asal https://benchlife.info/intel-core-ultra-2-desktop-cpu-will-announce-10th-oct/
 
Intel Memperkenalkan Profil Lewahjam 200S Boost Untuk Cip Pemprosesan Arrow Lake-K

Jika anda telah membina sebuah komputer desktop yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 200 terbaru, Intel telah mengumumkan bahawa mereka baru sahaja memperkenalkan profil lewahjam baru yang dinamakan Intel 200S Boost.

image-77-950x534.png.webp


Secara ringkasnya, jika anda memiliki sebuah komputer yang dikuasakan oleh gabungan cip pemprosesan Intel Arrow Lake-K ataupun -KF bersama-sama dengan papan induk Intel Z890 dan juga memori DDR5 yang menyokong teknologi lewahjam memori Intel XMP, anda boleh mengakses profil lewahjam ini selepas mengemaskini sistem BIOS papan induk anda kepada versi terbaru.

Anda kemudiannya boleh mengakses profil Intel 200S Boost melalui pilihan Overclocking didalam menu BIOS anda, yang akan meningkatkan kelajuan asas SoC cip anda dari 2.6GHz ke 3.2GHz dan sambungan cip-ke-cip (die-to-die interconnect) dari 2.1GHz ke 3.2GHz. Kelajuan memori anda juga boleh ditingkatkan dari 6400MHz ke 8000MHz, jika memori anda menyokongnya.

image-76-950x534.png.webp


Lebih menarik lagi, Intel juga mengesahkan bahawa menggunakan profil lewahjam Intel 200S Boost ini tidak akan menjejaskan waranti CPU dan papan induk anda, tetapi mengatakan bahawa komponen-komponen yang bukan sebahagian daripada perkakasan Intel seperti memori, storan, bekalan kuasa dan penyejuk tidak tertakluk dibawah waranti Intel, jadi pengguna harus berjaga-jaga apabila mengaktifkan ciri ini.

Dalam pada itu, Intel juga menyarankan bahawa pengguna menggunakan satu batang memori untuk setiap saluran DDR5, yang bermakna bahawa untuk papan-papan induk yang lazimnya akan mempunyai empat slot memori yang terdiri daripada dua slot untuk setiap saluran, hanya satu slot patut digunakan untuk setiap saluran.

Intel juga telah memperlihatkan model-model cip pemprosesan, memori DDR5 dan papan induk yang menyokong ciri lewahjam Intel 200S Boost ini.​
  • Intel Core Ultra 9 285K​
  • Intel Core Ultra 7 265K​
  • Intel Core Ultra 7 265KF​
  • Intel Core Ultra 5 245K​
  • Intel Core Ultra 5 245KF​

Papan Induk Yang Di Sokong:​

ASRock​
ASUS​
Colorful​
Gigabyte​
MAXSUN​
MSI​
Z890 Taichi OCF
Z890 Taichi​
ROG MAXIMUS Z890 HERO​
iGame Z890 FLOW V20
BATTLE-AX Z890M-PLUS V20​
Z890I AORUS ULTRA
Z890 AORUS MASTER
Z890 EAGLE​
iCraft Z890 VERTEX
Terminator Z890-A WIFI​
MEG Z890 ACE​

Memori Yang Di Sokong:​

ADATA​
Corsair​
G.SKILL​
TeamGroup​
V-COLOR​
LANCER RGB DDR5-8000 32GB (2x16GB) CL38​
VENGEANCE® RGB 48GB (2x24GB) DDR5 CUDIMM 8000MT/s CL38
VENGEANCE® RGB 48GB (2x24GB) DDR5 DRAM 7200MT/s CL36​
Trident Z5 RGB
DDR5-8000 CL38 32GB (2x16GB)
Trident Z5 RGB
DDR5-8000 CL38
48GB (2x24GB)​
T-FORCE XTREEM DDR5 8000MHz 48GB (2x24GB), CL38​
Manta XFinity RGB DDR5 48GB (24GBx2) 8000MHz CL38​
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang profil lewahjam Intel 200S Boost ini, anda boleh membaca mengenainya melalui pautan ke laman web Intel ini.​
 
Back
Top
Log in Register