BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Intel Sahkan Siri CPU Arrow Lake Juga Akan Di Bina Oleh Pihak Ketiga - Mungkin TSMC

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Seperti yang anda sedia tahu, komponen pemprosesan Intel Lunar Lake disahkan dibina oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, dan dipakejkan dan diuji oleh Intel sendiri. Ini adalah kerana proses-proses Intel yang baru seperti 20A dan Intel 4 belum sedia untuk mengeluarkan cip-cip mereka pada skala yang besar. Malah, ia dapat dilihat pada laman web Intel Arc sendiri bahawa cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V dibina menggunakan proses TSMC N3B (3nm). Terkini, pihak Intel juga telah mengesahkan bahawa perkara sama akan dilakukan untuk pengeluaran cip pemprosesan kelas desktop dan komputer riba berkuasa mereka, Arrow Lake yang akan dilancarkan sekitar bulan Oktober tahun ini.

image-23-950x534.png.webp


Cip pemprosesan tersebut sebelum ini dilaporkan akan dibina menggunakan proses 2nm (Intel 20A) mereka sendiri, tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Intel mengatakan bahawa mereka akan terus membangunkan teknologi proses 18A (1.8nm) mereka yang akan mula diaktifkan pada tahun 2025 kelak dan meninggalkan proses 20A. Oleh kerana itu, cip pemprosesan Arrow Lake, yang akan dilancarkan tidak lama lagi, akan dikilangkan berkemungkinan besar oleh TSMC, dan dipakej dan diuji oleh Intel sendiri, sama seperti apa yang dilakukan untuk siri cip Lunar Lake. Intel juga hari ini baru mengumumkan bahawa mereka akan menunda pengembangan kilang pempakejan dan ujian CPU mereka di Pulau Pinang, dengan sekitar 2000 orang akan terkesan akibat penundaan ini.

Sumber asal https://www.intel.com/content/www/u...tinued-momentum-intel-18a.html?s=31#gs.e49muk
 
Pembinaan Kilang Intel Pulau Pinang Di Tangguh & 2000 Kakitangan Di Buang Kerja

Intel sedang melakukan penstrukturan semula syarikat dengan baru-baru ini 15,000 pekerja telah dibuang. Kedengaran ura-ura tindakan Intel ini akan turut memberikan impak kepada operasi mereka di Malaysia. The Star melaporkan Intel telah menangguhkan sementara pembinaan kilang pempakejan dan ujian mereka di Pulau Pinang serta akan melakukan pengurangan tenaga kerja.

Intel Solar


Pembinaan kilang ini ialah sebahagian daripada pelaburan $30 bilion yang diumumkan Intel pada tahun 2021 semasa CEO syarikat Pat Gelsinger melakukan lawatan ke Malaysia. Ia pada asalnya dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun ini. Dalam laporan yang sama, lebih 2000 kakitangan Intel Malaysia akan dibuang kerja bersamaan dengan pengurangan 15% tenaga kerja tempatan.

Syarikat gergasi semikonduktor dunia ini sedang mengalami kerugian yang menyebabkan langkah pengurangan kos yang drastik perlu diambil. Antara langkah lain yang mungkin diambil Intel ialah menjual perniagaan fabrikasi cip mereka kepada TSMC dan pembinaan kilang di Jerman bernilai $32 bilion akan dibatalkan. Gelsinger dipercayai akan membentangkan perancangan beliau kepada lembaga pengarah Intel pada pertengahan bulan nanti.​
 
Back
Top
Log in Register