BTC USD 84,895.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Windows 365 Link Mula Di Jual Pada Harga $350

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Pada November tahun lalu, Microsoft mengumumkan Windows 365 Link yang merupakan sebuah komputer mini dimana kesemua sistem operasi, perisian dan dokumen distrim daripada awanan. Minggu ini akhirnya Windows 365 Link mula dijual pada harga $350 (~RM 1553) kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Jepun, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.
​
Windows-365-Link-01.jpg.webp

Dengan semua fail diakses di awanan, ia meningkat sekuriti kerana fail tidak disimpan pada peranti fizikal serta dengan kos lebih rendah berbanding sebuah PC, ia boleh mengurangkan kos operasi sesebuah organisasi. Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Windows 365 perusahaan mereka, dan semua akan dimuatkan ke Windows 365 Link.

Windows-365-Link-2-950x534.jpg.webp


Dari segi spesifikasi, Windows 365 Link boleh menyokong dua monitor 4K, 4 port USB, sambungan LAN, sokongan WiFi 6e, Bluetooth 5.3, dan sambungan ke aksesori komputer lain. Ia turut berkemampuan untuk memainkan video berkualiti tinggi, dan juga untuk melakukan sesi telesidang.​
 
Sebelum ..

Microsoft Perkenal PC Bersambung Ke Awan Untuk Strim Windows Ke Monitor – Windows 365 Link

Microsoft hari ini memperkenalkan penawaran baharu, iaitu sebuah PC bersaiz kompak dengan tujuan utama adalah berhubung ke internet, dan strim sistem operasi dari awanan. Komputer ini menyertakan perkhidmatan asas sistem operasi Windows, dimana ia hanya sekadar menghubungkan pengguna ke awanan, dan semua aplikasi, perisian dan dokumen distrim daripada awanan, dan tidak disimpan pada peranti.

Windows-365-Link-01.jpg.webp


Dinamakan Windows 365 Link, ia dilihat lebih ditujukan kepada pengguna perusahaan. Tiada sebarang perkara yang akan dijalankan melalui peranti, sebaliknya semua melalui awanan – sekaligus memberikan lebih sekuriti dan keselamatan kepada pengguna. Dari segi spesifikasi, Windows 365 Link akan menyokong dua paparan monitor 4K, 4 port USB, sambungan Ethernet, sokongan WiFi 6E, Bluetooth 5.3, dan sambungan ke aksesori komputer lain. Peranti ini mempunyai keupayaan untuk memainkan video berkualiti tinggi, dan juga untuk tujuan persidangan video tanpa masalah.

Menggunakannya, pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Windows 365 perusahaan mereka, dan semua akan dimuatkan ke komputer tersebut. Ini sekaligus menjadikan Windows 365 Link sesuai untuk mereka yang tidak sentiasa di pejabat, dan memerlukan akses komputer kadang-kala – dan sentiasa bertukar-tukar pengguna, memandangkan tiada fail disimpan di komputer, dan setiap log masuk membawa kepada akses komputer Windows 365 serba berbeza.

Microsoft turut mengatakan pelbagai jenama lain turut akan hadir dengan penawaran Windows 365 Link. Microsoft menyasarkan penawaran umum untuk peranti ini bermula April 2025 kelak. Microsoft dilihat menyasarkan pengguna perusahaan untuk fasa permulaan ini, dan memerlukan akaun Windows 365 bersama Microsoft Intune dan Microsoft Entra ID untuk menggunakannya.​
 
Back
Top
Log in Register