BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Jualan Komputer Mungkin Merosot 9% Kerana Harga Memori Mahal

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
IDC baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kebarangkalian besar bahawa jualan komputer untuk pasaran pengguna akan merosot dari lima peratus sehingga sembilan peratus pada tahun 2026 kerana harga komponen memori yang semakin mahal. Seperti yang sedia maklum, banyak, jika tidak semua syarikat-syarikat pembuat komputer akan menaikkan harga penawaran komputer mereka pada tahun hadapan untuk menyerap harga kos komponen yang juga dilihat semakin meningkat.

Menurut IDC dan beberapa laporan lain, sebab utama perkara ini dijangka berlaku ialah kerana pengeluar-pengeluar memori terbesar di dunia seperti Samsung, SK Hynix dan Micron semuanya akan memfokuskan kepada pengeluaran memori HBM untuk satu ke dua tahun akan datang, kerana permintaan untuknya yang sangat tinggi oleh syarikat-syarikat pembangun teknologi AI. enghasilan memori HBM pada kadar yang tinggi menyebabkan syarikat-syarikat mengurangkan pengeluaran memori DDR bukan sahaja kerana untuk memaksimakan keuntungan, tetapi juga adalah kerana kepingan memori HBM adalah lebih besar daripada DDR, dan syarikat-syarikat pengeluar memori tidak mahu menambah kapasiti pengeluaran komponen tersebut.

Syarikat-syarikat seperti Lenovo sebelum ini yang dilaporkan sudahpun membeli bekalan memori tambahan dijangka masih akan menaikkan harga penawaran produk mereka menjelang pertengahan tahun hadapan sekiranya harga memori tidak pulih. Syarikat-syarikat seperti Acer dan Dell juga dijangka akan menaikkan harga komputer-komputer mereka sekitar suku pertama 2026.

Keputusan Microsoft untuk menghentikan sokongan sistem operasi Windows 10 dan memaksa pengguna menggunakan Windows 11 yang kini mewajibkan penggunaan 16GB memori pada komputer untuk menyokong teknologi AI CoPilot juga mengeruhkan keadaan untuk ramai pengguna yang dipaksa untuk membeli komputer baru untuk kekal menggunakan sistem operasi Windows.
1767076445877.png
 
Dah lama tak beli PC
Laptop pun last beli tahun 2015 rasanya
Sekarang pun pakai laptop majikan je
Banyak pakai hp je sekarang

Harga melambung naik
Syarikat la yang kena tanggung nanti bila nak beli komputer untuk pejabat
 
Laptop beli tahun 2020 masih perform well. Spec entry level gaming je gtx 1650. Bukan gamer pun.

gaming PC aku rasa dah bekarat tu. Dah 2 tahun tak on.

Ada satu lg PC ada iGPU je, tapi utk nak buat kerja2 opis bole laa.

Utk buat "multimedia" rasa tak berbaloi sebab kalau on 24 jam konpom makan letrik tinggi.

Baik beli android box je.
 
2026 Bakal Jadi Tahun Yang Sukar Pada Pengguna

Di sebalik kepesatan kemunculan AI dan pusat data, pengguna bakal terkesan dengan kenaikan harga memori dan storan. Tahun 2026 dijangka menjadi tempoh mencabar buat pengguna peranti digital apabila harga RAM dan storan menunjukkan trend peningkatan yang ketara. Malah kenaikan ini turut memberi kesan kepada pengeluar peranti pintar. Faktor permintaan global kepada sektor industri dan perusahaan berskala besar yang semakin tinggi terhadap cip memori memberi kesan kepada bekalan untuk pasaran pengguna yang menjadi lebih terhad, sekali gus mendorong kepada isu kenaikan harga global.

Krisis RAM yang sudah mula dirasai pengguna pada 2025 dijangka akan bertambah buruk pada tahun 2026 akan datang. Harga memori dijangka melonjak, memberi kesan kepada pengguna yang mahu menaik taraf komputer atau membeli kad grafik baharu. Dari pegeluar GPU komputer, Nvidia kini menguasai pasaran cip AI, membuatkan peminat permainan PC bimbang kerana syarikat itu semakin kurang memberi tumpuan kepada keperluan mereka. Bagi pengguna, kesannya jelas dirasai. Telefon pintar dengan kapasiti RAM dan storan lebih besar dijangka dijual pada harga lebih mahal, manakala komputer riba dan PC mungkin hadir dengan spesifikasi asas yang lebih rendah bagi mengekalkan harga mampu milik.

Pengguna juga mungkin terpaksa menangguhkan rancangan naik taraf atau memilih peranti terpakai. Sungguhpun tahun 2026 dijangka menjadi salah satu era paling menarik dalam dunia teknologi di mana AI, robot humanoid dan inovasi perkakasan bergabung untuk membentuk landskap teknologi baharu, namun krisis kenaikan harga peranti membelenggu pengguna di mana pengeluar tidak mempunyai banyak pilihan selain memindahkan sebahagian kenaikan kos tersebut kepada pelanggan mereka. Sehubungan itu, dalam menghadapi tahun 2026 yang mencabar ini, pengguna disarankan merancang pembelian dengan lebih bijak.

Memilih kapasiti yang benar-benar diperlukan, memanfaatkan storan awan, serta menjaga peranti sedia ada dengan baik antara langkah bijak yang dapat membantu daripada terkesan dengan isu kenaikan harga RAM dan storan pada masa hadapan.
1767251706677.png
 
Back
Top
Log in Register