BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Adobe Akhiri Zaman Kegemilangan "Flash" Pada 2020

kire apple dari awal2 tak nak gune flash mmg pemikiran ke depan ke?
 
Adobe Ingatkan Pengguna Nyah-Pasang Flash Player - Menawarkan Kemaskini Terakhir Sebelum Sokongan Ditamatkan 31 Disember

Adobe kini telah pun memperkenalkan kemaskini terakhir untuk Adobe Flash Player dan juga Adobe AIR, iaitu versi 32. Ini adalah versi terakhir yang ditawarkan oleh Adobe sebelum sokongan untuk Flash Player ditamatkan pada 31 Disember 2020 kelak.

Adobe turut mengingatkan yang mana mereka akan menghalang kandungan Flash daripada dijalankan pada Flash Player bermula 12 Janueri 2021 kelak.

Walaupun menawarkan kemaskini terakhir untuk Flash Player, pihak Adobe turut mengingatkan pengguna untuk nyah-pasang Flash Player dalam memastikan sistem komputer anda terus selamat daripada pelbagai ancaman sekuriti.

Sumber asal https://helpx.adobe.com/flash-player/release-note/fp_32_air_32_release_notes.html
 
Kandungan Adobe Flash Tidak Boleh Dijalankan Bermula 12 Januari 2021

Adobe telah sedia mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Adobe Flash Player pada minggu hadapan, 31 Disember 2020 kelak. Dengan itu, Flash Player tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini, sekaligus membuatkan format kandungan Flash ditamatkan.

Sekitar sedekad lebih yang dahulu, Flash merupakan kandungan yang popular digunakan untuk mengakses kandungan, atau permainan. Malah, Youtube dulu turut menggunakan Flash, dan memformatkan video mereka sebagai *FLV.

Apa pun, sejak pengenalan telefon pintar, populariti kandungan Flash mula merudum sedikit demi sedikit – apatah lagi dengan Apple tidak menyokong format berkenaan. Malah, dengan masalah sekuriti dan sebagainya, lebih ramai beralih ke format lain.

Selari dengannya, kini Adobe telah menamatkan sokongan untuk Adobe Flash, dan turut menekankan yang mana dalam usaha memperketatkan sekuriti komputer pengguna, Adobe akan menghalang kandungan Flash daripada dijalankan melalui Flash Player bermula 12 Januari 2021 kelak.

Pelbagai pelayar web juga akan menamatkan sokongan Flash Player selepas 31 Disember 2020 kelak. Bagi anda yang mempunyai Flash Player terpasang, anda boleh membuangnya daripada sistem komputer anda.

Sumber asal https://www.adobe.com/uk/products/flashplayer/end-of-life.html
 
Apple Pernah Sokong Flash Pada iOS Tapi Prestasi Mengecewakan

Antara kayu yang digunakan peminat Android untuk membedal iPhone pada zaman awal perang sistem operasi ialah iOS tidak menyokong Flash. Sokongan Flash panda Android menjadi topik utama kerana pada waktu tersebut ia digunakan pada hampir kesemua laman web popular. Secara rasminya Steve Jobs berkata Apple tidak pernah ingin menyokong Flash pada iOS kerana percaya HTML5 ialah teknologi yang lebih baik. Tetapi realitinya tidak seperti itu.

Scott Forstall yang merupakan bekas ketua pembangunan perisian Apple dalam pernyataan bersumpah untuk kes Epic Games menentang Apple mendedahkan pernah ada percubaan untuk menyokong Flash di iOS. Apple turut memberikan bantuan kepada Adobe untuk memindahkan perisian ke iOS tetapi membuahkan hasil yang tidak memuaskan dan memalukan. Oleh sebab itulah iOS tidak menyokongnya secara rasmi kerana dilihat tidak menguntungkan pengguna.

Flash tidak lagi wujud dengan sokongan dihentikan oleh Adobe pada 31 Disember 2020. Dalam kes Epic Games menentang Apple, banyak pendedahan dilakukan seperti Apple pernah merancang untuk menyokong iMessage di Android tetapi dihentikan selepas dilihat hanya merugikan syarikat.

Screenshot-81.jpg

Sumber asal https://9to5mac.com/2021/04/27/appl...ash-to-ios-but-the-results-were-embarrassing/
 
Flash Akan Di Buang Sepenuhnya Dari Windows 10 Julai Ini

Adobe menghentikan sokongan untuk Flash sejak Disember 2020. Perisian yang pernah suatu ketika dahulu menjadi enjin laman web muka digantikan dengan HTML5 kerana mempunyai pelbagai masalah keretanan sekuriti yang serius. Walaupun sokongan telah dihentikan oleh Adobe, komponen Flash masih lagi wujud di Windows 10.

Microsoft telah mengumumkan hari ini bahawa komponen-komponen Flash akan akhirnya dibuang sepenuhnya menerusi kemas kini KB4577586 Windows 10, Windows 8.1, Windows Server 2012, dan Windows Embedded 8 Standard yang akan diberikan Julai hadapan.

Sebelum ini pada Oktober 2020 pengguna Windows 10 diberikan pilihan untuk membuang Flash dari sistem secara manual sekiranya perlu. Dengan kemas kini ini pengguna tidak lagi diberikan pilihan kerana Microsoft ingin membuang perisian bermasalah ini dari mendatangkan risiko kepada komputer pengguna.

Sumber asal https://blogs.windows.com/msedgedev/2020/09/04/update-adobe-flash-end-support/
 
Back
Top
Log in Register