BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah anda benar2 menikmati diskaun dalam bil TNB..? mari sama2 kira..

3PinPlug

Fun Poster
Messages
347
Joined
Aug 7, 2012
Messages
347
Reaction score
23
Points
15
Salam,

dalam tempoh pkp ni kerajaan telah mengumumkan tawaran diskaun utk pembayaran bil eletrik mengikut tahap2 dia.. ok kita terima tetapi bil2 yg hadir dalam tempoh PKP ini adalah berdasarkan anggaran mengikut bil yang terakhir..

Jika bil anda sebelum ini adalah rm100 maka bil anda yang akan terima selama tempoh PKP ini juga rm100 (ikut paham saya lah) dan mereka akan buat pelarasan selepas bil selepas bacaan sebenar diambil..

apa yang saya ingin ketengahkan disini adalah dalam tempoh PKP ini confirm akan ada peningkatan didlm pengunaan sbb kita 24 jam duduk dirumah dan RM100 yang dikira adalah bil terakhir sblm PKP.. maka saya andaikan akan ada kenaikan penggunaan sebanyak 30%-40% jika pengunnan anda seblm ini 300KwH sebulan hari biasa maka dlm tempoh PKP ini pengunaan anda akan naik ke 400-450 KwH sebulan (berapa kenaikan diruman anda, tuan2 boleh ambil bacaan meter setiap hari pada waktu yg sama setiap hari atau minggu dan buat purata).

tahukah anda perkiraan diskaun tk bil tnb punya pecahan antara 50%, 25%, 15% dan 2%.. makin tinggi Kwh anda makin rendah nilai diskaun anda terima.

apa yang saya mahu dari tuan2, bolehkah sekiranya tuan2 kira mengikut formula yang diberi oleh pihak tnb dan membuat perbandingan antara bacaan anggaran dengan bacaan sebenar bgi melihat apakah ada perbezaan atau sama nilainya.. cth:

bacaan anggaran anda mengikut bil terakhir sblm pkp adalah: 300
tetapi bacaan sebenar anda tambah 400 - 450 Kwh setiap bulan.

buat perkiraan ini bermula bil januari hingga julai dan pada julai pihak tnb buat bacaan sebenar dan membuat pelarasan. sperti dibawah;

Bil.PNG


dan dibawa ini adalah cara respon pihak TNB cara2 perkiraan dia:

Salam TNB.

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa bagi akaun- akaun dengan penggunaan seperti dibawah, diskaun akan dikenakan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.(seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020).

Kepada akaun pelanggan Domestik seperti berikut ;
Jumlah Diskaun Jumlah Kegunaan kWj / MYR
50%RM 43.60 dan ke bawah (0 kWj - 200 kWj )
25%RM 43.60 hingga RM 77.00 (201 kWj - 300 kWj)
15%RM 77.10 hingga RM 231.80 (301 kWj - 600 kWj)
2%RM 231.90 dan ke atas ( > 600 kWj)

Diskaun bil elektrik dikira seperti berikut:

Diskaun = % Diskaun x Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT + Diskaun Lain (Sekiranya Ada)

Keterangan:

JENIS CAJKETERANGAN
kWj
kWCaj Kehendak Maksimum
ICPTImbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
Diskaun lain (jika ada)Diskaun Sediada seperti 10% dan Diskaun 20% untuk TASKA

Nota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB), Surcaj Angkadar Kuasa, Penalti Lewat Bayar (ILP), Surcaj Alat Kimpal, Deposit, Tambahan, Lampu Jalan Individu, Caj Minimum Bulanan, myGreen+ dan Caj Bekalan Sementara.

Contoh-contoh pengiraan diskaun bil elektrik pengguna adalah:

Contoh 1.png


Contoh 1 : Dilampirkan gambar rajah berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Tarif Perdagangan Yang Layak Menerima Diskaun 15% (Penggunaan selepas 1 April 2020)


Pengiraan Diskaun% Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 15% x (RM1,565.14 + 62.08)
Jumlah diskaun diterima= (RM 244.08)

Contoh 2.png


Contoh 2 – Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan > 600 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun=% Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 15% x (RM1,565.14 + 62.08)
Jumlah diskaun diterima= (RM 244.08)

Contoh 3.png


Contoh 3 – Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan Antara 201kWh hingga 300 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun= % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 25% x RM62.64
Jumlah diskaun diterima= (RM 15.66)

TNB memaklumkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bil anggaran akan dikeluarkan. Adakah saya sebagai Pengguna Perdagangan masih layak menerima diskaun yang dinyatakan di atas di dalam bil anggaran saya?

Ya. Diskaun tersebut akan dimasukkan di dalam bil anggaran di mana pengiraan diskaun akan dibuat secara prorata dengan mengambilkira penggunaan elektrik mulai 1 April 2020.

Contoh pengiraan bil anggaran bagi pengguna perdagangan dalam tempoh PKP dan melibatkan tempoh peralihan (Mac – April 2020) adalah seperti berikut dan dilampirkan gambar rajah:

Selepas PKP diskaun.png


Bagi bil yang melibatkan penggunaan sebelum dan selepas 1 April 2020, kelayakan diskaun akan dikira berdasarkan dua langkah berikut:

Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun
Tentukan % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan kategori pengguna

Langkah 1: Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun;


Komponen bil untuk pengiraan diskaun= Caj Penggunaan kWj + ICPT
= RM419.38 + RM17.06
A :Jumlah bil untuk pengiraan diskaun= RM436.44
B : Bilangan hari dalam bulan April= 1.04.2020 hingga 7.04.2020
= 7 hari
C : Tempoh Pembilan= 31 hari
D : Prorata Hari Layak Diskaun = B/C= 7hari / 31hari
0.22581

Langkah 2: Tentukan % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan kategori pengguna'

E : Jumlah bil layak mendapat diskaun (penggunaan April 20 sahaja)= RM436.44 X 0.22581
=A*D= RM98.55
2% Diskaun Rangsangan Ekonomi == 2% x RM98.55
= 2%*E=(RM1.97)

Rumah Kediaman yang telah menerima bil anggaran dengan diskaun elektrik bagi tempoh PKP. Adakah saya akan menerima diskaun elektrik apabila menerima bil dengan bacaan sebenar?

Ya. Bil anggaran yang dikeluarkan akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi. Pelarasan juga akan dibuat ke atas diskaun elektrik.

Bagi pengguna kediaman yang mana bil mereka melibatkan penggunaan sebelum dan selepas 1 April 2020, kelayakan diskaun akan dikira berdasarkan empat langkah berikut:

Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 April 2020 untuk diberikan diskaun
Tentukan jumlah kegunaan bagi setiap band berdasarkan prorata tempoh bacaan
Kira % diskaun yang layak berdasarkan band yang telah diprorata
Selaraskan bil anggaran sebelum ini di mana pengguna telah dicajkan diskaun dalam bulan sebelumnya berdasarkan anggaran
Contoh: Pengguna Kediaman dengan bil sebenar setelah menerima bil anggaran pada bulan sebelumnya. Butiran pembilan ada seperti berikut:


Kediaman.png


Tempoh pembilan = 08.03.2020 - 06.05.2020 (60 Hari)
Jenis Pembilan Semasa = Bil Sebenar
Jenis Pembilan Terdahulu = Bil Anggaran
Jumlah Bil Anggaran Terdahulu = RM229.14

Langkah 1: Tentukan Jumlah Bil Layak Diskaun (Penggunaan Selepas 1 April 2020);


Komponen bil untuk pengiraan diskaun= Caj Penggunaan kWh
= RM 480.63
A :Jumlah bil untuk pengiraan diskaun= RM 480.63
B : Bilangan hari dalam bulan April & Mei= 1.04.2020 hingga 6.05.2020
= 36 hari
C : Tempoh Pembilan= 60 hari
D : Prorata Hari Layak Diskaun = B/C0.6
E : Jumlah bil layak mendapat diskaun (penggunaan April sahaja)= RM288.38
=A*D

Langkah 2: Tentukan Jumlah Kegunaan Bagi Setiap Band Berdasarkan Prorata Tempoh Bacaan;

Pengiraan Penentuan Threshold Diskaun selepas 1 April= Tempoh Pembilan selepas 1 April / 30 hari
F: Faktor Prorata= 36 hari/30 hari = 1.20000
G: Pengiraan Threshold Bagi Band Penggunaan#NAME?
0-200 kWh = 50%= 200 x 1.2 = 240 kWh
201-300 kWh = 25%= 300 x 1.2 = 360 kWh
301-600 kWh = 15%= 600 x 1.2 = 720 kWh
> 600 kWh = 2%> 720 kWh
Jumlah Kegunaan selepas 1 April 2020= D x Jumlah Kegunaan (8.3.2020 – 6.5.2020)
= 36 hari / 60 hari x 1,223 kWh
= 0.60000 x 1,233 kWh
= 740 kWh
Memandangkan Jumlah Kegunaan 740 kWh > 720 kWh, maka diskaun yang layak diterima adalah0.02

Langkah 3: Kira % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan band yang telah diprorata tempoh bacaa;

2% Diskaun Rangsangan Ekonomi= 2% x RM 288.38
= 2%*E= (RM 5.77)

Langkah 4: Selaraskan bil yang telah dicajkan semasa tempoh anggaran;

Kegunaan= RM480.63 - RM5.77
Pelarasan Anggaran= (RM 229.14)
Kegunaan Bulan Semasa= RM245.72

Adakah terdapat had masa bagi pelarasan diskaun untuk bil anggaran?

Bagi pengguna yang menerima bil anggaran (E bill), pelarasan diskaun akan dibuat setakat pembilan 31 Disember 2020 sahaja. Sekiranya bil sehingga pembilan Disember 2020 masih berstatus E, maka diskaun yang telah diberikan dianggap muktamad dan tiada lagi pelarasan akan dibuat setelah bil sebenar diperolehi.

Diharap penerangan di atas menjawab segala pertanyaan tuan/puan. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan/puan masih mempunyai pertanyaan/masalah yang belum diselesaikan, mohon pihak tuan/puan memberi maklumbalas dengan menghubungi 1 300 88 5454 / 15454.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan TNB Careline.
 
Last edited:
Dibawah ini adalah cth saya kira tp ini mengikut kefahama saya, dan saya telah minta pihak TNB sahkan dan perbetulkan jika salah tpi dia reply dengan memberi formula2 dia utk kita fikir plak...:rolleyes:

so dengan itu saya mengajak semua forumer disini utk sama2 kita fikirkan... :D

bil 2.PNG


ini link dari TNB : https://www.tnb.com.my/prihatin//
 
ohh, maksudnya discount tu bukan auto pada bill ye tuan2
 
Dibawah ini adalah cth saya kira tp ini mengikut kefahama saya, dan saya telah minta pihak TNB sahkan dan perbetulkan jika salah tpi dia reply dengan memberi formula2 dia utk kita fikir plak...:rolleyes:

so dengan itu saya mengajak semua forumer disini utk sama2 kita fikirkan... :D

bil 2.PNG


ini link dari TNB : https://www.tnb.com.my/prihatin//

seperti ada kesilapan dlm perkiraan aku, tp semakin aku baca semakin kompleks plak.. ada sesiapa yg rajin buat kira2 dengan mengandaikan kenaikan 30%-40% pengunnaan eletrik bagi melihat perbandingan antara bacaan anggaran + pelarasn dan bacaan sebenar tanpa pelarasan..?
 
fuh! mesti challenge kan dia punya formula calculation..
ada sesapa yg dah dpt result dia..?

😃
 
apakah sudah ada yg boleh memecahkan formula perkiraan ini..?
 
Bulan depan baru nampak kesannya..sebab dia bermula 1/4..cuma musykil mcmmana dia kira diskaun tu..sebab skrg ni dia ambil dari jumlah bil sebelumnya..mcm saya bil bulan lepas sikit shj..utk masa hadapan cuaca semakin panas, semua org duduk rumah..sudah pasti penggunaan akan bertambah.
So bila dia dah kira prorata nanti, adakah dia akan ada diskaun lagi, sebab bil anggaran skrg ni pun dh ada diskaun:unsure:
 
Back
Top
Log in Register