BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peniaga tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,278
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,278
Reaction score
1,507
Points
201
6212991861400913342_121.jpg


Peniaga tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa

SINGAPURA – Seorang peniaga menjual laksa berkuah cacing tanah yang telah dikeringkan di sebuah pusat beli-belah di Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Menurut jurnal sains, cacing tanah telah lama menjadi makanan manusia kerana sifat perubatannya.

Cacing yang telah dikeringkan itu dikenali sebagai dilong dalam perubatan China tradisional.

Ads by Kiosked
Peniaga tersebut, Zac Choy, 54, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa ibunya selalu menambah dilong dalam kuah laksa.

“Ibu saya pernah menjual laksa di Melaka.

“Dia menyerahkan resipi itu kepada saya dan meminta saya menambah baik. Ketika proses itu, saya mencuba produk siap dan merasakan bahawa ia tidak cukup enak, seolah-olah ia kehilangan beberapa bahan utama.

“Atas cadangan ibu, saya menambah cacing tanah kering ke dalam kuah untuk menjadikannya lebih segar dan lazat.

“Saya secara beransur-ansur mempunyai pelanggan tetap dan memberitahu mereka perkara sebenar. Walaupun terkejut, mereka tidak terlalu peduli kerana menyukai rasa laksa itu,” kata Choy. – AGENSI
 
Sponsored Post

Kat Afrika ada usaha nak jadikan larva BSF sebagai sumber protein alternatif bilamana populasi manusia makin bertambah beberapa dekad akan datang di Afrika.

Larva bsf Black Soldier Fly akan dikeringkan pastu dijadikan serbuk halus pastu diletakkan dalam bubur. 1 kg dried bsf larvae contain 30-35% protein.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register