BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alipay+ Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Alipay+ kini membolehkan pengguna menempah perkhidmatan Grab terus melalui Alipay+ Vogayer, pembantu perjalanan berasaskan AI yang diintegrasikan dalam aplikasi. Dengan integrasi ini, perkhidmatan pengangkutan tempatan di Asia Tenggara menjadi lebih mudah diakses, membolehkan pengguna menempah perjalanan terus melalui dompet digital yang sama. Dilancarkan pada pertengahan 2025, Alipay+ Voyager sudah tersedia di Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong) dan GCash (Filipina) serta dijangka diperluas ke lebih banyak rakan kongsi sepanjang tahun ini.
1758104319686.png

Pengguna yang melancong ke lapan destinasi Asia Tenggara di mana Grab beroperasi, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Myanmar, boleh mengakses Grab dalam aplikasi yang sama. Ketika ini, Alipay+ menghubungkan 36 aplikasi pembayaran terkemuka dengan lebih 1.7 bilion akaun pengguna dan lebih 100 juta peniaga di 70 pasaran. Selain kemudahan pembayaran rentas sempadan, Alipay+ turut membangunkan perkhidmatan digital tambahan, termasuk program ganjaran, pengembalian cukai dalam aplikasi serta Alipay+ Voyager.​
 
Back
Top
Log in Register