BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KTMB Kurangkan Caj Sementara Kad Debit, Kredit - Kini Hanya RM1

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa Nilai Pegangan Sementara (caj sementara) bagi penggunaan kad debit atau kredit kini dikurangkan kepada RM1, berkuat kuasa 1 September 2025. Buat pengetahuan, Nilai Pegangan Sementara ialah amaun yang dipegang setelah kad debit atau kredit berjaya diimbas dan disahkan oleh Mesin Pengimbas Kad di Pintu Kawalan Automatik (ACG) di stesen komuter.


Sebelum ini, caj sementara adalah sebanyak RM30. Dengan pengurangan terbaru ini, pengguna hanya akan dikenakan RM1, sekali gus memudahkan perjalanan harian. Perlu diketahui bahawa caj ini hanya bersifat sementara dan akan dipulangkan semula mengikut terma bank masing-masing. Ia terpakai untuk semua laluan Komuter, manakala tambang tiket sebenar akan dikenakan selepas penumpang melengkapkan imbasan keluar.​
 
Back
Top
Log in Register