BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tenaga Nasional Mengesahkan Isu Ralat Pada Aplikasi MyTNB

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Hari ini, sejumlah pengguna aplikasi menjejak penggunaan tenaga elektrik MyTNB telah menghadapi sejumlah masalah, yang mana mereka pada mulanya memperlihatkan jumlah rakaman penggunaan bekalan elektrik yang tinggi, dan ada diantara mereka yang tidak dapat melihat langsung graf penggunaan tenaga elektrik. Pihak TNB, melalui laman sosial Facebook TNB Careline telah mengatakan bahawa pihak Tenaga Nasional sedar tentang ralat-ralat yang sedang diperlihatkan pada aplikasi tersebut, dan sedang bertungkus-lumus untuk memperbaikinya.
MyTNB-App-Cropped.png.webp

Mereka juga memberi jaminan kepada pengguna bahawa rakaman penggunaan bekalan elektrik sebenar adalah tepat, dan akan dipaparkan semula setelah isu pada aplikasi diperbaiki, dan bil muktamad boleh diperiksa setelah tamat tempoh bil untuk bulan ini. Mereka juga mengatakan bahawa pengguna aplikasi MyTNB akan diberitahu apabila proses penyelenggaraan aplikasi siap dan sedia untuk digunakan seperti biasa.​
 
Bil Elektrik Julai Mencanak, TNB Sahkan Terdapat Ralat, Graf Kurang Tepat Buat Sementara Waktu

08.07.2025 - Baru - baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial selepas orang ramai terkejut dengan bacaan graf elektrik yang terlalu tinggi meskipun baru sahaja lapan hari berlalu dalam Julai. Tampil menjelaskan perkara tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi akaun Facebook TNB Careline pada Selasa menjelaskan terdapat kesilapan teknikal yang berlaku sehingga mengganggu bacaan setakat ini.

"Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu. Kami ingin memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan bulan Julai tidak terjejas. Pelanggan boleh menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan. Kami sedang mengambil tindakan dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, keluhan dikongsikan di media sosial apabila orang ramai gusar akan pelaksanaan kadar baharu yang dikhuatiri meningkatkan bil bayaran bulanan masing-masing. Meskipun terdapat perubahan sedemikian, kenaikan mendadak sudah tentu mencetuskan kebimbingan kerana masing-masing masih berada di tahap penggunaan sama, namun dikenakan caj terlalu tinggi. Kenyataan dikeluarkan TNB itu sudah tentu meredakan situasi dengan syarikat berkenaan turut menerima sebarang pertanyaan disalurkan menerusi aplikasi atas talian mahupun hubungi nombor telefon ditetapkan.

Sebelum ini, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menggunakan kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang diluluskan kerajaan. Penetapan tarif itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation -IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990. Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (Regulatory Period 4 - RP4) melibatkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.
1751967933627.png
 
nk pakai ekon ada tips dia...
set temp 25-26C je...
xsejuk sgt dan bill jimat...

klau mencanak tu biasa on 3 ekon serentak tu..

skrg setting 22c tp on mode cool water... x on mode sejuk beku.... baru tadi chek bil dlm apps.. bil terbaru rm215 ... rendah la pulak... baru nk merasa byr myvi bulanan....
 
Back
Top
Log in Register