BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shell Sudah Ada Aplikasi Seperti Setel Untuk Petronas, Mudah Kumpul & Tebus Mata Bonuslink

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Ramai pengguna Petronas pastinya gembira dengan aplikasi Setel. Ia sangat memudahkan pembayaran untuk mengisi minyak di stesen Petronas, malah terbina sekali dengan program ganjaran Mesra di dalam aplikasi. Caltex juga ada membangunkan aplikasi yang hampir serupa, dikenali sebagai Caltex Go.

Shell kini dilihat telah membangunkan aplikasi yang hampir serupa, dengan nama Shell Asia. Ia boleh dimuat turun sekarang di Apple AppStore dan Google Playstore. Menariknya, aplikasi ini boleh menghubungkan program ganjaran Bonuslink.

230802-Shell-Asia-SC-01-1024x696.jpg
230802-Shell-Asia-SC-02-1024x714.jpg


Tetapi jika anda mahu menggunakan aplikasi Shell Asia, anda haruslah memiliki kad Bonuslink kerana ia adalah program ganjaran yang digunakan Shell. Selepas memasang aplikasi Shell Asia, sewaktu pendaftaran pengguna akan diminta memasukkan nombor kad Bonuslink jika ada. Kalau tidak, aplikasi akan membantu menghasilkan nombor kad digital.

Di dalam aplikasi Shell Asia, terdapat ruangan ‘Gift Catalogue’. Ia mengandungi senarai e-baucar yang boleh ditebus menggunakan mata Bonuslink. E-baucar yang telah ditebus ini, boleh digunakan di stesen Shell yang menyokong penggunaan aplikasi Shell Asia.

230802-Shell-Asia-SC-04-1024x725.jpg


Perkara paling utama, pastinya untuk pembayaran mengisi minyak. Di dalam aplikasi, ia terdapat di ruangan Shell Pay. Buat masa ini, pembayaran hanya boleh dibuat menerusi kad debit atau kad kredit. Nampaknya, Shell Asia menggunakan platform eGHL untuk pembayaran di Malaysia.

Laman web Shell Malaysia menyatakan, aplikasi ini masih di peringkat ujian di stesen Shell terpilih. Senarai ini tidak terdapat di laman web, tetapi anda boleh memeriksanya di dalam aplikasi di bahagian Peta. Anda boleh menapis pilihan dengan menandakan ‘Shell App’ untuk mencarinya dengan lebih mudah.

230802-Shell-Asia-SC-03-1024x534.jpg


Dari peta tersebut, sudah ada banyak stesen Shell yang menyokong pembayaran menggunakan aplikasi Shell Asia. Ia tidak terhad di Lembah Klang sahaja kerana turut terdapat di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak. Dengan adanya aplikasi Shell Asia, pengguna tidak perlu lagi membuat pembayaran dan mengumpul mata ganjaran Bonuslink berasingan. Ia boleh dilakukan dalam satu transaksi dan lebih mudah.

Terima kasih @KevinNgTK atas makluman ini!

RFID & EV masih berasingan

Shell sebenarnya sudah ada sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan RFID. Tetapi ia hanya boleh digunakan di dalam aplikasi Touch n Go eWallet. Selain itu, penggunaan pengecasan EV di stesen Shell juga perlu menggunakan aplikasi lain, ParkEasy. Pastinya lebih mudah jika Shell dapat menggabungkan fungsi RFID dan pengecasan EV di dalam satu aplikasi, seeprti yang ditawarkan Setel.

Sumber asal Shell
 
Shell App Bakal Tersedia Di Semua Stesen Minyak Pada Akhir Tahun 2023. Boleh Buat Pembayaran Dari Dalam Kereta Je!

Shell App kini tersedia untuk dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store. Shell Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih baharunya, Shell App, yang bakal tersedia di semua 1,010 stesen minyaknya di seluruh negara pada akhir tahun nanti. Pengurus Besar (Mobiliti), Shell Malaysia iaitu Seow Lee Ming menjelaskan bahawa ketika ini aplikasi berkenaan sudah boleh digunakan di 650 stesen minyaknya bermula hari ini (21 Ogos 2023). Tambahnya lagi, aplikasi Shell App ini direka bagi menaik taraf pengalaman mengisi minyak di Shell dengan membolehkan pembayaran lebih selesa dari dalam kereta sahaja.
BeFunky-collage.jpg
Aplikasi ini dilengkapi sistem pengesahan keselamatan ‘3-D Secure’, menjadikannya aplikasi pembayaran minyak pertama dalam negara dengan perlindungan keselamatan tambahan sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber. -Pengurus Besar Mobiliti, Shell Malaysia, Seow Lee Ming.​

Lee Ming dalam masa yang sama turut berkata, “Dalam dunia yang serba pantas hari ini, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi, mengikut citarasa mereka sendiri. Justeru itu, sebagai syarikat yang sinonim dengan sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan di Shell.”​
 

Shell App Akan Memudahkan Pelanggan & Tawar Lebih Banyak Ganjaran

Mengulas lanjut, Shell App bukan sahaja akan memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta masing-masing, malah ia juga akan memastikan perjalanan lebih mudah dan menawar lebih banyak ganjaran.
Harapan kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan menjadikan segalanya lebih selesa untuk pelanggan kami. Pelanggan kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App. - Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia, Seow Lee Ming.

Kumpul Mata BonusLink

Lebih menarik, para pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga dan dalam masa sama dapat menebus ganjaran ekslusif dari Shell. Seperti biasa, Shell App ini juga membolehkan pengguna memantau setiap perbelanjaan dan juga mata BonusLink yang sudah terkumpul. Selain itu, aplikasi baharu Shell ini turut dilengkapi dengan kelebihan untuk meninjau lokasi stesen-stesen Shell berdekatan dan juga fasiliti serta kemudahan yang tersedia, contohnya seperti surau, ATM, Shell café, dan sebagainya.
Layari https://www.facebook.com/Shell/

Shell App kini sudah tersedia untuk dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
 
Back
Top
Log in Register