combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
ACTVX Tawar TVET , Peluang Kerjaya Di Kelantan
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
--kredit FB Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Pembukaan kampus baharu Akademi Cemerlang TeknoVocasX (ACTVX) di Kelantan dijangka menjadi pemangkin kepada usaha mengurangkan penghijrahan belia ke luar negeri menerusi penyediaan akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti serta peluang pekerjaan di negeri sendiri.
Pengarah Projek ACTVX Kelantan Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata kampus yang dijadual memulakan pengambilan pelajar pertama pada Oktober ini diwujudkan bagi membawa pendidikan teknikal berteraskan industri lebih dekat kepada masyarakat, khususnya golongan belia di Kelantan.
Beliau berkata pada peringkat awal, kampus yang terletak di Pengkalan Chepa itu mampu menampung sehingga 1,000 pelajar dan menawarkan program Teknologi Automotif serta Teknologi Elektrik yang berlangsung selama sembilan bulan.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran ACTVX Kelantan di sini hari ini, beliau berkata pelajar turut menerima elaun sepanjang tempoh pengajian selain dijamin peluang pekerjaan menerusi kerjasama strategik dengan rakan industri sebaik menamatkan program.
Ahmad Zaharuddin berkata semua program yang ditawarkan di kampus berkenaan diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sekali gus melayakkan graduan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).