BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor Swasta Digesa Perluas Peluang Kerjaya Kedua Veteran Tentera

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sektor Swasta Digesa Perluas Peluang Kerjaya Kedua Veteran Tentera​

c7caa2abef193a6897f61ec9d40822a06a7842d5955f5

a8f8a80c987a24440989c5c0283829576a7842e84427f

5929d094d880372f891d983d0a09bfbc6a7842f99ea3a

Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Kempen Tabung Pahlawan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada majlis penutup Kejohanan MyHeroes Golf Championship Cup 2026 (MYGCC 2026) anjuran Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) di Seri Kembangan hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sektor swasta perlu memperluas peluang kerjaya kedua kepada veteran tentera sebagai sebahagian usaha memperkukuh kebajikan dan pemerkasaan golongan berkenaan, kata Penaung Kempen Tabung Pahlawan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam memastikan veteran tentera mendapat peluang untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara selepas menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya menyeru agar lebih ramai pihak tampil membuat sumbangan kepada Kempen Tabung Pahlawan dan juga persatuan-persatuan veteran yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

“Setiap sen yang diberikan akan dimanfaatkan terus untuk kebajikan dan kesejahteraan wira-wira negara,” katanya ketika berucap pada majlis penutup MyHeroes Golf Championship Cup 2026 (MYGCC 2026) anjuran Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Presiden PVTLDM Komander (Bersara) Khairil Hariss Khairuddin, yang juga Pengarah Program MYGCC 2026.

Sebanyak RM220,000 berjaya dikutip daripada lapan syarikat swasta menerusi penganjuran MYGCC 2026 sempena Kempen Tabung Pahlawan sekali gus mengukuhkan peranan program itu sebagai platform pengumpulan dana kebajikan veteran tentera.

Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, berkata kerajaan melalui ATM dan JHEV sentiasa komited menjaga kebajikan serta memperhebat agenda pemerkasaan veteran tentera.

Beliau berkata rekod menunjukkan keprihatinan masyarakat awam dan korporat terhadap Kempen Tabung Pahlawan terus mencatat perkembangan positif.

“Sumbangan yang terkumpul dimanfaatkan untuk menyokong beribu-ribu veteran serta waris mereka dari segi bantuan kelangsungan hidup, perubatan dan pendidikan anak-anak wira kita.

 
Back
Top
Log in Register