oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
TUJUH pekerja sesak nafas ketika membersihkan tangki septik sebuah hotel. FOTO: AFP
AHMEDABAD: Tujuh dilaporkan mati akibat sesak nafas ketika membersihkan tangki septik sebuah hotel di barat India tanpa memakai alat keselamatan, kata polis hari ini.
AFP melaporkan, pemilik hotel itu didakwa kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian susulan kejadian malam semalam daerah Vadodara, negeri Gujarat.
Empat daripada mangsa dipanggil untuk membersihkan tangki terbabit manakala tiga lagi adalah kakitangan hotel yang menjadi pembantu mereka.
“Selepas mangsa pertama masuk ke dalam tangki, dia tidak keluar dan memberi respon ketika dipanggil menyebabkan tiga lagi pencuci masuk untuk membantunya.
“Apabila empat orang itu tidak keluar, tiga lagi kakitangan hotel masuk dan cuba membantu namun semua mati dalam kejadian itu. Mayat sudah dibawa keluar untuk bedah siasat,” kata pegawai bomba, Nikunj Azad yang mengetuai operasi.
Tahun lalu, lima dilaporkan mati di New Delhi ketika mencuci tangki rawatan kumbahan.
sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/06/465481/7-maut-selepas-cuci-tangki-najis
.