BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa maut selepas didera anak perempuan sendiri

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
3498281.webp

Jenazah mangsa ketika dibawa keluar dari rumah. Foto Agensi

JAKARTA – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh anak perempuannya sendiri dalam kejadian di Dusun Montong Sager, Desa Tamansari, Lombok Barat, Indonesia baru-baru ini.

Menurut laporan pihak kampung, insiden tersebut berlaku apabila suspek meminta wang daripada bapanya bagi keperluan harian, namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi berikutan kekangan kewangan keluarga.

Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum suspek bertindak agresif dengan mencederakan mangsa secara fizikal.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan termasuk kesan calar pada wajah, dipukul di bahagian kepala serta ditolak sehingga terhentak ke dinding.

Akibat hentakan kuat itu, mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap suspek.

Kes berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap isu keganasan dalam keluarga yang berpunca daripada tekanan ekonomi, selain menuntut perhatian serius semua pihak dalam menangani konflik domestik secara lebih berhemah.- Agensi

 
Back
Top
Log in Register