BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

63 Warga Bernama Terima APC 2025 Kementerian Komunikasi - KPE

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

63 Warga Bernama Terima APC 2025 Kementerian Komunikasi - KPE​

fbb1f18df5cddeb6024896c147f4ca956a0ec0d49f823

b758291c5cf613d302f3120afb537c356a0ebd7f470a9

cf3f72f0c6ca55b6f8bf029c46a9ed956a0ec11f9ee98

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin bergambar bersama warga Bernama yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Majlis APC Kementerian Komunikasi 2025 di Angkasapuri hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seramai 63 warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Komunikasi hari ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan mereka dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata penganugerahan itu diharap menjadi suntikan semangat kepada warga kerja lain untuk terus meningkatkan prestasi serta memacu kecemerlangan organisasi.

“Alhamdulillah, hari ini kita meraikan 63 penerima APC 2025 Bernama yang telah menampilkan komitmen, dedikasi, kesungguhan dan kecemerlangan dalam setiap tugasan mereka sepanjang 2025.

“Saya berharap dengan penganugerahan ini akan menyuntik semangat dan menjadi teladan kepada rakan-rakan sekerja untuk turut sama memacu tugasan masing-masing sehingga mencapai tahap kecemerlangan,” katanya selepas menghadiri Majlis APC Kementerian Komunikasi 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Datuk Bahria Mohd Tamil, Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail serta Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Datuk Roslan Ariffin.

Mengulas lanjut, Nur-ul Afida berkata sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi, Bernama perlu terus bergerak seiring dengan kehendak semasa serta memperkukuh peranannya dalam landskap media negara.

Beliau berkata majoriti warga Bernama kini terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu membawa idea dan pandangan baharu kepada pengurusan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Seramai 687 warga Kementerian Komunikasi dan agensi di bawahnya menerima APC 2025 termasuk 535 penerima melibatkan Zon Semenanjung yang diraikan hari ini.

Ia melibatkan 66 penerima daripada Kementerian Komunikasi; RTM (234 penerima); Jabatan Penerangan (JaPen) (121); Jabatan Komunikasi Komuniti (JKom) (18); IPPTAR (lapan); Bernama (63); dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 25 penerima.

 
Back
Top
Log in Register