BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 bulan keuntungan petronas 169.4 bilion

ini memang gile
sape ade mmbe keje sana
jom sama pauu
 
100% semua untung dpt ke petronas ker...x dpt bro,semua goverment sapu.Cost operation MH370 sapa tanggung?

Jiran aku bgtau dulu, pegawai akaun kerajaan bgtau kat dia, yg pegawai draf budjet bgtau, 60% daripada perbelanjaan Malaysia adalah funded by PETRONAS alone.. the rest 40% baru la datang daripada lain2 GLC, cukai langsung dan x langsung, dan lain2 sumber kewangan..

xtau la betul ke tidak.. tapi klu tgk dari figure tu, x mustahil.. kerajaan Malaysia punya syarikat..
 
rakyat bayar minyak macam lembu angguk

hebat2 !!
 
waa masyuk bonus :)paid
 
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2014, meningkat 28 peratus kepada RM28.1 bilion daripada RM22 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan sokongan hasil yang tinggi.

Hasilnya meningkat 15 peratus kepada RM85.4 bilion daripada RM74.4 bilion sebelumnya, dipacu oleh peningkatan pengeluaran, jualan gas tinggi dan kadar pertukaran yang menguntungkan.

Kuantiti pengeluaran meningkat susulan usaha pengukuhan pengeluaran dan pengeluaran baharu dari Malaysia dan Iraq, penyambungan semula pengeluaran di South Sudan dan pengeluaran tambahan dari Kanada, kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Datuk George Ratilal pada taklimat media, di sini, hari ini.

Bagi tempoh separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2014, keuntungan sebelum cukai Petronas meningkat sembilan peratus kepada RM55.3 bilion daripada RM50.8 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil melonjak 12 peratus kepada RM169.41 bilion daripada RM151.10 bilion sebelumnya. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Eko...cukai-suku-2-Petronas-meningkat#ixzz3AKzFHusY
© Utusan Melayu (M) Bhd :(:(:(


So, 169.4billion tuh pendapatan..untungnya baru 55.3billion je....tp banyak jgk tuh..hehe
 
Back
Top
Log in Register