BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

50 jam Pak Nil kumpul lebih RM100,000 bantu anak Amyza

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

50 jam Pak Nil kumpul lebih RM100,000 bantu anak Amyza​

PAKNIL-ANAK-AMYZA.jpg

DALAM tempoh 2 hari selepas dilancarkan pada Rabu, kutipan untuk membantu kos perubatan anak Amyza Aznan yang menghidap kanser tulang kini memperoleh lebih RM138,000 hasil sumbangan orang ramai.

"50 jam Pak Nil kumpul lebih RM100,000 bantu anak Amyza" PETALING JAYA – Bukti keprihatinan masyarakat, pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai berjumlah RM137,127.90 bagi membantu membiayai kos perubatan anak kepada aktres Amyza Aznan yang menghidap kanser tulang.

Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, 64, berkata, jumlah tersebut diterima dalam tempoh lebih 50 jam iaitu sebaik tabung kutipan Bantuan Adrian Adam dibuka melalui akaun bank miliknya pada Rabu lalu.

“Selepas lebih 50 jam tabung kilat Adrian Adam, anak kepada Amyza Aznan yang diuji dengan kanser tulang, wang terkumpul setakat ini adalah RM137,127.90.

“Saya akan pindahkan semua wang ini kepada akaun Amyza. Yang masih mahu menyumbang, silakan sebelum saya tutup tabung ini secara rasmi pada bila-bila masa,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Aznil juga mengundang dramatis terbabit serta anak keduanya itu dalam sesi siaran langsung audio siar Kita Kita Aje bagi menyerahkan wang kutipan tersebut.

“Ini adalah wang untuk tujuan rawatan Adrian yang diamanahkan kepada saya dan saraan buat Amyza sekeluarga.

“Saya tahu wang ini sangat bermakna dan tahu kos rawatan untuk kanser bukan murah,” katanya lagi.

Suasana sebak menyelubungi studio apabila Amyza dilihat menitiskan air mata sebaik hos versatil terbabit membacakan jumlah diraih.

Pada masa sama, Amyza yang sebelum ini kehilangan putera sulungnya akibat kanser turut menzahirkan terima kasih atas keprihatinan ramai.

“Terima kasih kerana berada dalam kasut saya. Saya tidak minta semua ini. Saya hilang kata-kata,” ujarnya.

Pada Rabu lalu Aznil mengumumkan mengenai insiatif membantu meringankan beban rakan seperjuangannya menerusi sumbangan ke akaunnya yang akan dibuka selama seminggu.

Sebelum ini selebriti terbabit pernah menggunakan kaedah sama bagi menolong artis lain termasuk penyanyi, Zamani serta Allahyarham Ibnor Riza. – KOSMO! ONLINE
==============================
Eh Pak Nil mmg sentiasa buat keje amal suka2 je. Hebatlah dia ni, belanja IG pun mcm simple2 je tapi banyak bagi inspirasi & nasihat. Bila la sy nk jumpa mcm Pak Nil ni. 🙄

 
Back
Top
Log in Register