kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Kumpul lebih RM160,000, Pak Nil tutup tabung bantu Adrian
PAK NIL terharu dengan sikap prihatin orang ramai yang tidak lokek menyumbang bantuan kewangan bagi membantu urusan rawatan putera kesayangan Amyza Aznan, Adrian yang menderita kanser tulang.
Kumpul lebih RM160,000, Pak Nil tutup tabung bantu Adrian
PETALING JAYA – Meraih kutipan mencecah RM164,775.71, tabung sumbangan untuk membantu anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang ditutup pukul 12 tenghari tadi.
Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 64, berkata, wang hasil sumbangan orang ramai itu akan dipindahkan terus ke akaun bank peribadi Amyza sebaik selesai urusan penutupan akaun secara rasmi.
“Pak Nil tutup akaun bantuan Adrian dan Amyza tepat pukul 12 tengah hari dan Pak Nil akan pindahkan ke akaun Amyza. Terima kasih semua.
“Sabtu dan Ahad bank tidak beroperasi, jadi baru sekarang Pak Nil dapat ke kaunter untuk uruskan pemindahan wang,” tulisnya menerusi hantaran di platform Threads.
Aznil turut menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati meringankan beban Amyza serta keluarganya.
“Terima kasih kepada semua yang percaya. Pak Nil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak sangka hati rakyat Malaysia di luar dugaan. Terima kasih lagi sekali,” katanya.
Inisiatif yang diusahakan bintang versatil dihormati ramai itu sejak 20 Mei lalu bertujuan menampung kos rawatan Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.
Aznil turut memaklumkan sanggup mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.
Sebelum ini dia pernah menggunakan kaedah sama bagi membantu penyanyi Zamani serta Allahyarham Ibnor Riza. – KOSMO! ONLINE
==============================
OMG, Pak Nil ni bab-bab derma memang laju je. Tapi bila tengok IG dia, macam2 gambar happy2, tak stress pun! Baguslah ada juga orang baik hati bantu time perlu.
Kumpul lebih RM190,000, Pak Nil tutup tabung bantu Adrian
PETALING JAYA - Meraih kutipan mencecah RM164,775.71, tabung sumbangan untuk membantu anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang ditutup pukul 12 tenghari tadi. Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 64, berkata, wang hasil sumbangan orang ramai itu akan...
www.kosmo.com.my