BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

FB_IMG_1631938219465.jpg

👨‍💼 Membuka semula sempadan untuk pelabur

#InfografikBernama #Malaysia #PPN
 

Pelan Pemulihan Negara perlu dilaksanakan cepat

Oleh M Hifzuddin Ikhsan- September 16, 2021 @ 10:25pm
[email protected]

TAN_SRI_MUHYIDDIN_YASSIN_1631802324.jpg


Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sesi dialog bersama Pengusaha Hotel, Pengusaha Homestay, Pengusaha Kereta Sewa dan Pemandu Teksi Langkawi hari ini. Foto ihsan MPN


LANGKAWI: Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) perlu dipercepat berikutan kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos yang terlalu tinggi sejak pandemik COVID-19 melanda negara bermula tahun lalu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata menjadi harapannya PPN yang diperkenal sebelum ini dapat dilaksana mengikut perancangan awal.

Jelasnya, proses berkenaan tidak boleh ditangguh kerana kerajaan menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun lalu.

"Apa yang penting adalah kita hendak lihat proses pemulihan itu cepat, tidak boleh tangguh kerana kita telah tanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan pandemik.

"Walaupun masalah pandemik masih ada, kini lebih agak terkawal kerana vaksin adalah jawapan dalam mengurusnya, sebab itu kita kena usaha seberapa yang baik untuk menangani masalah yang berbangkit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Sesi Dialog Bersama Pengusaha Hotel, Inap Desa, Kereta Sewa dan Pemandu Teksi di Pulau Langkawi.

Sementara itu, Muhyiddin menjangkakan lebih banyak pelancong akan ke Langkawi sekiranya projek rintis gelembung pelancongan yang bermula hari ini, mencapai kejayaan.

"Saya sedar di peringkat awal ini, banyak perkara yang perlu diperhalusi, tetapi saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha meningkat dan kemudahan disediakan kembali boleh diguna, maka lebih ramai pelancong akan datang.

"Ini ditambah jika penerbangan dari luar negara dibenarkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar yang dijangka awal boleh berubah dan saya harap lebih besar kerana Langkawi mempunyai kapasiti 12,000 bilik," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri menyasarkan 200,000 pelancong dijangka masuk ke Langkaw sehingga hujung tahun ini.


 
FASA 1 & 2 | Tadika Swasta Dibenar Beroperasi Sejak 17 September

Semua tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah dibenarkan beroperasi semula sejak Jumaat lalu.

Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian kedua-dua pusat berkenaan, di negeri terbabit.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Semua tadika swasta dibenar operasi

Oleh Noor Atiqah Sulaiman- September 19, 2021 @ 10:50am
[email protected]

17ntmildkleen_1632019808.jpg


Semua tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini sudah dibenarkan beroperasi semula sejak Jumaat lalu. - Fot hiasan NSTP


PUTRAJAYA: Semua tadika swasta dan pusat perkembangan minda kanak-kanak di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini sudah dibenarkan beroperasi semula sejak Jumaat lalu.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata pihaknya mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda di negeri berkenaan.

"KPM ingin menjelaskan bahawa semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat hingga enam tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa atau penjaga bekerja.

"Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," kata KPM dalam kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor sosial, pendidikan dan reakrasi.


 

Kelantan dijangka ke Fasa 3 PPN selewat-lewat awal Oktober

September 19, 2021 @ 12:40pm

0823rszaini_1632026772.jpg


(Gambar fail) Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR


GUA MUSANG: Kelantan dijangka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir bulan ini atau selewat-lewatnya awal Oktober depan, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Katanya, ia susulan 75 peratus individu dewasa di negeri ini sudah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa kriteria perlu dipertimbangkan seperti liputan vaksinasi serta trend kes harian COVID-19, sebelum peralihan berkenaan dilakukan.

"Insya-Allah, kita akan terus melaksanakan aktiviti termasuk program jangkauan luar (outreach) kepada golongan yang belum disuntik vaksin.

"Kita yakin sasaran 80 peratus rakyat negeri ini divaksin, akan tercapai pada akhir bulan ini atau awal bulan depan," katanya kepada pemberita pada Program Vaksinasi Orang Asli Gua Musang di Pos Gob, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Zaini memaklumkan setakat semalam, kira-kira 35 peratus penduduk di negeri ini telah lengkap vaksinasi.

Beliau berkata, peningkatan kadar suntikan vaksin turut menunjukkan perkembangan positif apabila kemasukan pesakit COVID-19 tahap serius ke hospital kini berkurangan.

"Walaupun kes harian COVID-19 di negeri ini masih mencatat empat angka sejak 10 September lalu, secara majoriti, iaitu 95 hingga 97 peratus pesakit COVID-19 yang kita terima adalah kategori satu dan dua.

"Namun saya ingin menegaskan kepada rakyat Kelantan bahawa walaupun telah disuntik, jangan berasa kita 100 peratus dilindungi.
"Prosedur operasi standard (SOP) norma baharu perlu terus kekal dipatuhi dan diamalkan," katanya.

Mengenai bekalan 1.2 juta dos vaksin diterima sepanjang bulan ini, Dr Zaini berkata, pihaknya mengambil inisiatif melakukan pemberian suntikan secara jumpa terus (walk-in) bagi memaksimumkan kadar imunisasi.

Beliau berkata, kira-kira 120,000 daripada 1.2 juta populasi dewasa di negeri ini yang layak divaksin, masih belum menerima suntikan.

"Kita belum pasti sama ada mereka berada di Kelantan atau di luar. Namun, saya berharap mereka yang belum disuntik agar segera ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima suntikan memandangkan kita sudah membuka 'walk-in'," katanya. – BERNAMA


 
PPN | Waktu Operasi Stesen Minyak, Kedai Serbaneka Diseragamkan

Kerajaan bersetuju menyeragamkan waktu operasi stesen minyak dan kedai serbaneka di semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 6 pagi hingga 12 malam kecuali kawasan PKPD.

 
FB_IMG_1632313840928.jpg

PELAN PEMULIHAN NEGARA | Kedai runcit, pasar mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam berkuat kuasa esok - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
 
FB_IMG_1632313891193.jpg

PELAN PEMULIHAN NEGARA | Pusat, premis, produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober 2021 dengan semua operator dan pengunjung lengkap divaksin.
 
Back
Top
Log in Register