BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
FB_IMG_1627314979238.jpg

šŸ“Lima objektif utama PPN

[Infografik]
 
FB_IMG_1627369926019.jpg

Kerajaan membenarkan sektor pemajuan perumahan beroperasi pada Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik pada 23 Julai lepas.

Berita penuh:

 
PELAN PEMULIHAN NEGARA | Terengganu Yakin Beralih Ke Fasa 3 Hujung Ogos

Kerajaan negeri Terengganu yakin akan beralih ke fasa 3, Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPN), penghujung bulan depan.

Ini berikutan kadar vaksinisasi di negeri itu kini telah mencapai 35.2 peratus.

ā€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
FB_IMG_1627910949707.jpg

TERKINI | Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa Tiga Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini, 4 Ogos 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya petang tadi berikutan ketiga-tiga negeri itu menunjukkan prestasi yang amat baik.
 
FASA 3 PPN | Perlis, Sarawak, Labuan Beralih Fasa 3, Rabu Ini

Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menjadi perintis Peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peralihan itu susulan tiga negeri berkenaan menunjukkan prestasi yang amat baik.

ā€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Sarawak waspada masuk Fasa 3 PPN​

Melvin Joni
[email protected]
SUASANA aman dan kegiatan ekonomi berjalan seperti biasa di sekitar Bandaraya Kuching termasuk mercu tanda ikonik di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Jambatan Darul Hana, Sabtu lalu. FOTO Bernama
SUASANA aman dan kegiatan ekonomi berjalan seperti biasa di sekitar Bandaraya Kuching termasuk mercu tanda ikonik di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Jambatan Darul Hana, Sabtu lalu. FOTO Bernama

Kuching: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memutuskan dan mengubah jadual yang dirancang untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 terutama membabitkan varian Delta.

Ini susulan peralihan Sarawak ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini.
Penasihat JPBN Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pertimbangan perlu dibuat dengan mengambil kira isu-isu baru Covid-19 yang membimbangkan.

"Kita perlu belajar daripada orang lain. Apa yang tidak perlu dilakukan terutama kejadian 'Silent Hypoxia' (kekurangan oksigen yang tidak diketahui) dan menyebabkan kematian yang tinggi di Semenanjung Malaysia termasuk sindrom Covid-19 yang panjang agar orang Sarawak selamat ketika memulakan Fasa 3 PPN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, rakyat Sarawak bangga dengan pengiktirafan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke atas Sarawak yang memenuhi nilai ambang PPN untuk beralih ke Fasa 3 PPN.

Katanya, ia hasil usaha Sarawak yang bersatu padu memerangi Covid-19 menerusi kadar tinggi vaksinasi dos satu dan dua serta penurunan drastik pesakit kategori 3, 4 dan 5 Covid-19 di hospital.

Bagaimanapun, Kui Hian menegaskan rakyat Sarawak perlu terus berhati-hati dengan mematuhi SOP dan mengamalkan keselamatan diri yang tinggi bagi mengelak penularan Covid-19, lebih-lebih lagi dengan penularan varian Delta ketika ini.
"Hakikatnya, kita masih hidup dengan virus. Kita masih perlu berwaspada ketika keluar terutama dengan varian Delta dan jumlah kes positif yang tinggi di Kuching, Samarahan serta Serian," katanya.

Berhubung perkembangan lain, Kui Hian berkata, Sarawak tidak akan mengikuti amalan dalam fasa mitigasi, yang mana ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) hanya dibuat ke atas mereka yang mempunyai simptom.

"Kami (Sarawak) akan cuba yang terbaik untuk mengesan sesiapa yang positif dan memasukkan mereka ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital untuk mencegah kematian dan 'Silent Hypoxia,'" katanya.

 
Back
Top
Log in Register