BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

FB_IMG_1631288731291.jpg
FB_IMG_1631288733308.jpg

FB_IMG_1631288735471.jpg


Mohd Fauzi Amin bergambar bersama pasangannya June Asmerahawa Minhad berlatar belakangkan Bangunan Perdana Putra di Dataran Putra Putrajaya selepas majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini nyata memberikan khabar gembira buat penduduk di Lembah Klang yang hampir sembilan bulan ‘terkurung’ susulan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

📸 Harry Salzman

Pengantin baharu ‘Rentas Daerah’ rakam detik bahagia di Putrajaya

 
KPDNHEP | Penggunaan Bilik Acu Pakaian di PPN Fasa 1 Dan 2 Dibenarkan

Pelanggan kedai pakaian, fesyen dan aksesori termasuk gedung serba-serbi di negeri fasa satu dan dua PPN kini dibenarkan menggunakan bilik acu pakaian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata SOP untuk menggunakan bilik acu pakaian itu merangkumi penyediaan sarung tangan pakai buang bagi kegunaan pelanggan.

 

Benarkan semua pekerja masuk premis

Oleh Saadiah Ismail- September 12, 2021 @ 8:09pm
[email protected]

vvegfefefef_1631448544.jpg


Hanya sebahagian pekerja kedai dibenarkan memasuki premis mengikut fasa PPN. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS


KUALA LUMPUR: Gabungan persatuan perdagangan dan dewan perniagaan, memohon kerajaan untuk membenarkan individu yang lengkap pelalian kembali bekerja secara fizikal di premis.

Pengasas Bersama Industries Unite (IU), Datuk Irwin Cheong, berkata kebenaran itu juga tidak perlu disertakan dengan permit kebenaran kerana ia sekali gus dapat mengurangkan isu membabitkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Katanya, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) juga diharap dapat dikecualikan daripada jumlah maksimum sebanyak 60 peratus untuk negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan 80 peratus untuk Fasa 2.

"Pandemik ini tidak lama lagi akan menjadi endemik. Sepatutnya tiada sekatan kapasiti untuk pekerja di pejabat dan sektor bersama lain.

"Apabila 100 peratus kembali bekerja, ini membolehkan perniagaan memulakan operasi semula sepenuhnya dan ekonomi akan pulih dengan kadar yang pantas," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pekerja memberi sumbangan yang besar dalam perbelanjaan sistem ekonomi domestik, terutamanya makanan dan minuman yang akan memberi kesan berganda dalam pemulihan ekonomi negara.

"Permulaan pemulihan ekonomi kita bergantung pada permintaan domestik yang berkembang memandangkan ketika ini, tiada kedatangan pelancong antarabangsa untuk tempoh yang tidak dijangka.

"Kami memohon agar ia dilaksanakan di semua sektor kerana hakikatnya semua sektor memainkan peranan utama dalam ekosistem dan rantaian bekalan," katanya.


 

Sabah lanjutkan tarikh kuat kuasa SOP vaksin

Oleh Izwan Abdullah- September 12, 2021 @ 10:34pm
[email protected]

corona-5174671_1920_1631457249.jpg


KOTA KINABALU: Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) lengkap vaksin COVID-19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata SOP baharu itu sepatutnya dikuatkuasakan mulai 15 September ini selepas tempoh sebulan diberikan kepada semua pihak untuk melengkapkan dua dos vaksin seperti dimaklumkannya bulan lalu.

Perubahan tarikh kuat kuasa SOP itu diputuskan selepas mengambil kira kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Sabah ketika ini yang baru mencapai kira-kira 52 peratus.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai, termasuk peniaga dan pekerja untuk memastikan SOP itu dipatuhi sepenuhnya mulai 21 September ini.

"Orang ramai diingatkan sekali lagi bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya hendaklah sudah lengkap divaksinasi atau sudah menerima dua dos vaksin.

"SOP ini pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan mulai 15 September ini.

"Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh Sabah sehingga ke hari ini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa dianjakkan ke 21 September, iaitu tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi lengkap 60 peratus," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Perubahan itu turut mengambil kira kelewatan pekerja sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya untuk menerima dos kedua vaksin COVID-19 khususnya penerima vaksin Astra-Zeneca.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata hingga semalam, 51.8 peratus penduduk dewasa Sabah sudah melengkapkan pengambilan vaksin manakala 67.4 peratus mendapat satu dos vaksin.

Sementara itu, Sabah hari ini merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 sebanyak 446 kes kepada 1,717 kes, berbanding 2,163 kes semalam.


 

Peralihan Fasa 3 PPN di Terengganu ditangguh

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar- September 13, 2021 @ 6:10pm
[email protected]

katil_ICU_COVID-19_melebihi_1631527784.jpg


Penggunaan katil ICU hospital di Terengganu melebihi 75 peratus. - Foto NSTP


KUALA TERENGGANU: Penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital di negeri ini yang melebihi 75 peratus menyebabkan peralihan Terengganu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata penggunaan katil di ICU perlu berada pada tahap 50 peratus seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan peralihan ke fasa seterusnya.

"Dari segi vaksinasi tiada masalah, tetapi yang bermasalah kes di hospital walaupun jumlah kes bagi pesakit kategori tiga, empat dan lima tidak tinggi ketika ini.

"Apabila (pesakit) masuk ke hospital, pesakit sekurang-kurangnya perlu berada selama dua minggu jika dirawat di wad biasa, manakala 21 hari jika berada di ICU.

"Keadaan itu menyebabkan pengisian di wad tinggi walaupun jumlah harian kemasukan pesakit ke ICU kecil, tetapi sebab bercampur dengan pesakit sedia ada, ia menyebabkan penggunaan katil di wad semakin tinggi.

"Insya-Allah jumlah penggunaan katil di ICU ini dijangka berkurangan dalam tempoh tiga minggu lagi," katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Ditanya bila Terengganu boleh beralih ke Fasa Tiga PPN, Dr Alias berkata, peralihan itu hanya boleh dilakukan apabila pesakit sama ada di wad biasa atau ICU berkurangan dan perkara berkenaan akan dinilai semula kelak.

"Peralihan fasa ini tidak seperti isu vaksin, vaksin kita boleh agak kerana kita tahu jumlah bekalan vaksin yang ada, jumlah (individu) yang mahu diberikan suntikan dan berapa kapasiti sehari yang boleh diberikan.

"Tetapi (jumlah) orang yang sakit dan bila akan sembuh, kita tidak boleh agak cuma saya boleh menjangkakan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu kita boleh kurangkan kes di ICU dan kes di wad COVID-19," katanya.


 

100 pasar tani dibuka di negeri Fasa Dua PPN

September 15, 2021 @ 3:01pm

pasartanidua_1631689210.jpg


Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri (kiri) melawat gerai makanan ketika melakukan lawatan di Pasar Tani Khas Hari Malaysia di Pasar Tani Jasin hari ini. - Foto BERNAMA


JASIN: Sebanyak 100 daripada keseluruhan 312 pasar tani dibuka di negeri yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), membabitkan kira-kira 4,000 peniaga, kata Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad.

Beliau berkata pembukaan pasar tani berkenaan membabitkan tujuh komoditi jualan yang dibenarkan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, hasilan laut, daging, ayam proses, barangan runcit dan produk industri kecil dan sederhana serta makanan dan minuman siap dibungkus.

"Setakat ini hanya Kedah dan Johor yang belum dibenarkan membuka operasi pasar tani kerana masih berada dalam Fasa Satu PPN, manakala di negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN pula membabitkan lokasi tertentu sahaja.

"Tiada had jumlah gerai yang boleh dibuka sesebuah di pasar tani, namun hanya tujuh komoditi jualan yang dibenarkan dalam tempoh Fasa Dua PPN ini dan kelonggaran pada komoditi jualan lain bergantung kepada prosedur operasi standard semasa yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pasar Tani Khas Hari Malaysia di Pasar Tani Jasin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri dan Pengarah FAMA Melaka Hairudin Yunos.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata waktu pengoperasian pasar tani kekal iaitu bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari dan hanya pengunjung yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan untuk masuk ke pasar tani dengan menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

"Hari pengoperasian juga tetap seperti jadual biasa sebelum ini kerana pasar tani mempunyai pelanggan tetap, selain peniaga juga ada jadual perniagaan mereka… contohnya ada yang berniaga di Pasar Tani Jasin turut berniaga di Pasar Tani Merlimau.

"Kita berharap pembukaan pasar tani dapat membantu memulihkan aktiviti perniagaan dan ekonomi peniaga, setelah lama terjejas dengan penularan COVID-19," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ghazale berkata FAMA bercadang menjadikan Jambu Batu Loha (GU16) sebagai ikon buah-buahan negeri Melaka, dengan melakukan penjenamaan ke atas nama buah berkenaan.

Beliau berkata antara cadangan nama baharu jambu berkenaan ialah Jambu Manis Melaka, dan perkara itu akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.

"Buah jambu ini diusahakan seorang kontraktor dengan keluasan kira-kira 4.86 hektar di Pulau Gadong dan berjaya mengeluarkan 40 tan setahun.

"Secara umum, jambu adalah buah-buahan yang biasa kita jumpa bukan sahaja di Melaka, namun ia ada kelainan sendiri kerana buahnya rangup dan manis hasil teknik penanaman pengusahanya," katanya. – BERNAMA


 
FB_IMG_1631847842006.jpg
FB_IMG_1631847844714.jpg


🔸Kewajaran buka semula ekonomi di negeri Fasa 1 PPN

[Infografik]

Ismail Sabri Yaakob Jabatan Perdana Menteri KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Noor Hisham Abdullah Khairy Jamaluddin Majlis Keselamatan Negara
 
FB_IMG_1631848186256.jpg

[TERKINI]

📍Tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian dan pusat perkembangan minda dibenar operasi bagi negeri Fasa Satu dan Fasa Dua PPN

📍 Aktiviti ziarah kubur Islam dibenarkan dengan ketetapan pihak berkuasa agama negeri di setiap Fasa PPN

📍Aktiviti ziarah kubur selain Islam dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara di setiap Fasa PPN

📍Pengoperasian Institut Latihan Sektor Pengangkutan Udara dan Darat dibenarkan di negeri Fasa Dua PPN

📍Kilang perabot di negeri Fasa Dua PPN dibenarkan beroperasi mulai 17 Sept

📍Semua pejabat swasta di negeri Fasa 2 PPN dibenar beroperasi dengan kapasiti 100 peratus pekerja jika 80 peratus pekerja lengkap vaksinasi, berkuat kuasa 17 Sept

📍Fasa Dua PPN: Kenderaan pekerja dengan penumpang lengkap vaksin dibenarkan mengikut kapasiti kenderaan

📍Aktiviti sektor pengurusan perhutanan dibenarkan mulai 17 Sept bagi negeri Fasa Dua dan Fasa Tiga PPN

📍Mesyuarat secara bersemuka dibenarkan bagi individu lengkap vaksin mulai 17 Sept bagi negeri selain Fasa Satu

-- PM Ismail Sabri

Berita lanjut menyusul.
 
PPN | Pemilik Taska, Ibu Bapa Lega Pusat Jagaan Dibuka

Tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak dibenar beroperasi di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 
Back
Top
Log in Register