BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

FB_IMG_1632313912503.jpg

PELAN PEMULIHAN NEGARA | Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
 
FB_IMG_1632313938161.jpg

PELAN PEMULIHAN NEGARA | Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
 

KPKT sedia garis panduan operasi restoran - Reezal

September 22, 2021 @ 10:53am

1hmreeza1_1632279382.jpg


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - NSTP/ARKIB


PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam proses menyediakan garis panduan operasi perniagaan premis makanan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah fasa endemik negara.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata garis panduan itu akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penilaian sebelum diumumkan dan kemudian dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan PBT.

Katanya, perlu ada keseragaman dalam operasi perniagaan di seluruh negara untuk memudahkan rakyat dan peniaga yang mungkin memiliki cawangan di beberapa negeri.

Merujuk saranan Datuk Seri Najib Razak yang pernah menyuarakan pendapat perlu ada kelonggaran diberikan kepada pemilik restoran untuk menyediakan tempat makan di luar premis kerana ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19, Reezal berkata, beliau bersetuju dengan saranan itu.

"Saya bersetuju dengan saranan ini, malah ia antara pelan pelaksanaan yang sedang disediakan dan diteliti oleh pihak kementerian ke arah fasa endemik di negara ini. Pastinya setiap saranan yang baik sentiasa diambil perhatian," katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu memberi pandangan, tempat makan di luar memberi pengudaraan lebih baik berbanding dalam premis, apatah lagi yang tertutup.

Turut berharap PBT segera mengeluarkan garis panduan yang jelas, Najib juga berpendapat peniaga yang menyediakan tempat makan di luar tidak perlu memohon lesen lesen atau dikenakan tindakan, namun mereka perlu mengikut garis panduan seperti tidak menghalang laluan dan sebagainya.

Reezal berkata, KPKT juga akan berbincang serta mendapatkan panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai sistem pengudaraan dalam premis terutama restoran berhawa dingin dan tidak memiliki ruang luar.

"Saya berharap kita semua sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana kerjasama semua akan dapat membawa kejayaan dalam memerangi pandemik ini," katanya.


 
PPN | Pengusaha Industri Perkahwinan Tarik Nafas Lega

Lebih banyak kelonggaran diberikan terutama membabitkan aktiviti sosial di Negeri Sembilan susulan peralihan dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam.

 
PPN | KBS Tangguh Kehadiran Penonton Ke Stadium

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sementara kebenaran kehadiran penonton atau penyokong ke tempat sukan dan rekreasi bagi Fasa 4 PPN.

 
Berikut merupakan status terkini fasa bagi setiap negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

1632919725609.png
 
FB_IMG_1633091126652.jpg

Setiap kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara hanya untuk individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan” katanya.

Perincian mengenai SOP fasa pemulihan negara akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.
 
FASA 3 PPN | Pengusaha SPA, Pusat Kecantikan & Urut Mula Beroperasi

Pusat Kecantikan, SPA, Pusat Urut Dan Rekfleksologi di Lembah Klang juga mula beroperasi hari ini.

Selain memastikan semua pekerja sudah lengkap vaksinasi, pengusaha yang lega dengan pembukaan semula pusat berkenaan patuh kepada SOP yang ditetapkan.

Ikuti tinjauan Amirulhakim Lokman.

 

18 daerah di Sabah beralih sekatan ikut zon

Oleh Izwan Abdullah- Oktober 1, 2021 @ 9:02am
[email protected]

01nstKinabatangan_1633050111.jpg


18 daerah di Sabah yang beralih ke sistem sekatan zon pula sudah mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin. - Foto hiasan NSTP


KOTA KINABALU: Sebanyak 18 daerah di Sabah beralih kepada sekatan pergerakan mengikut zon yang dibahagikan kepada lima zon berasingan bermula, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata baki sembilan daerah lagi kekal dikenakan sekatan rentas daerah iaitu Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan.

Beliau berkata, sembilan daerah terbabit tidak dimasukkan ke dalam mana-mana zon kerana belum mencapai tahap 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin COVID-19.

"Daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan dikategorikan sebagai daerah berasingan disebabkan belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, berkata 18 daerah yang beralih ke sistem sekatan zon pula sudah mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin.

Katanya, daerah terbabit dibahagikan kepada lima zon iaitu Zon 1 hingga Zon 5 dengan tiada lagi sekatan pergerakan dikuatkuasakan di antara daerah dalam zon yang sama.

"Zon 1 merangkumi daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud, manakala Zon 2 membabitkan daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

"Zon 3 pula merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran, diikuti Zon 4 yang merangkumi daerah Lahad Datu dan Kunak serta Zon 5 yang membabitkan daerah Keningau, Tambunan dan Tenom," katanya.

Berdasarkan sistem baharu itu, sekatan pergerakan hanya dikenakan bagi penduduk yang merentas ke daerah dalam zon yang berbeza atau ke sembilan daerah yang belum mencapai tahap 60 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin.

Sementara itu, setakat semalam seramai 1,773,407 atau 64.3 peratus penduduk dewasa Sabah sudah menerima vaksin lengkap, manakala 2,038,083 orang atau 73.9 peratus daripada penduduk dewasa menerima satu dos vaksin.


 
Back
Top
Log in Register