BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

SEKTOR EKONOMI | Hampir 80% Premis Perniagaan Kembali Operasi

Hampir 80 peratus syarikat dan premis perniagaan di negara ini telah kembali beroperasi walaupun belum mencapai kapasiti penuh.

Kira-kira 42 peratus sudah memulakan semula operasi, sementara 36 peratus adalah syarikat penyedia perkhidmatan penting yang kekal beroperasi ketika tempoh PKP.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
COVID-19 | Semua Sektor Dijangka Dibuka Disember

Semua sektor yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu dijangka dapat dibuka semula menjelang disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perancangan teliti oleh kerajaan menyebabkan rakyat kembali gembira apabila kes penularan COVID-19 serta angka kematian terus mencatatkan penurunan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
FASA 3 & 4 PPN | Taska Genius Perpaduan, Tabika Perpaduan Mula Operasi Fizikal

24 Taska Genius Perpaduan (TGP) di negeri fasa tiga dan fasa empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN), akan mula beroperasi secara fizikal, mulai esok secara berperingkat.

Pengoperasian secara fizikal juga, melibatkan lebih 900 Tabika Perpaduan, di negeri dalam fasa berkenaan termasuk Langkawi.

#vivoX70Pro #vivoXZeiss #PhotographyRedefined

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Hampir 80 peratus syarikat sudah mula operasi

Oleh Mohd Zaky Zainuddin- Oktober 1, 2021 @ 4:06pm
[email protected]

29nt04mrt2_1633075578.jpg


(Gambar hiasan) - Bernama


KUALA LUMPUR: Hampir keseluruhan perniagaan di negara ini sudah kembali beroperasi namun belum mencapai kapasiti penuh selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur dan sektor ekonomi dibuka semula.

RAM Holdings Bhd dalam nota penyelidikan berkata, hampir 80 peratus syarikat yang menyertai kaji selidiknya sudah mula beroperasi semua dengan kira-kira 42 peratus sudah memulakan semula operasi, sementara 36 peratus adalah syarikat penyedia perkhidmatan penting yang kekal beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kebanyakan responden belum lagi beroperasi dalam kapasiti penuh dan meneruskan operasi di bawah kapasiti sebenar.

"Kurang dari 20 peratus responden beroperasi dalam kapasiti penuh, manakala sekitar 32 peratus dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku keempat tahun ini dan baki 33 peratus lagu dijangka kembali beroperasi normal pada suku pertama tahun depan," katanya.

RAM Holdings berkata, meskipun sekatan dilonggarkan dan pembukaan semula kebanyakan sektor sangat mustahak untuk mendorong Malaysia menuju pemulihan, namun operasi perniagaan memerlukan masa untuk meningkatkan kapasiti kepada sebelum COVID-19 susulan penutupan yang berpanjangan.

"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih memerlukan bantuan dan sokongan kewangan berterusan berikutan ketidakpastian mengenai langkah pencegahan gelombang jangkitan baharu yang berkekalan sehingga tahun depan.

"Kami memuji pelbagai pakej rangsangan untuk perniagaan kecil, namun kami menggesa kerajaan meneruskan langkah sokongan langsung dan tidak langsung untuk memudahkan pemulihan dan memastikan kelangsungan jangka panjang syarikat ini," katanya.

Firma penarafan kredit bebas itu berkata, sentimen perniagaan dalam kalangan PKS bertambah baik pada suku ketiga tahun ini, pulih daripada kemerosotan yang dicatatkan dalam tinjauan suku sebelumnya di tengah-tengah pelaksanaan PKP 3.0.

"Menurut Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (BCI) bagi suku ketiga 2021, indikator pemulihan berada pada 41.4 daripada 33.2 pada suku sebelumnya.

"Indeks keseluruhan dan sub-indeks bagaimanapun masih jauh di bawah nilai ambang sentimen positif iaitu 50.

"Kaji selidik suku tahun ini terhadap kira-kira 78 responden menunjukkan syarikat belum pulih selepas terus berdepan dengan kesan wabak bersama cabaran dengan yang baru muncul," katanya.


 
FASA 3 PPN | Sarawak Benarkan Rentas Daerah

Pergerakan rentas daerah di Sarawak tidak lagi memerlukan permit polis mulai hari ini.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, semalam.

 
1f4cc.png
PPN: Johor beralih ke Fasa Tiga, Pahang beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Okt - Hishammuddin
1f4cc.png
PPN: Waktu operasi pasar borong di negeri Fasa Dua dan Tiga dibenar ikut syarat lesen PBT, bermula 9 Okt - Hishammuddin
1f4cc.png
Upacara Mengikat Thaali di kuil dan Pernikahan Kudus (Holy Matrimony) dibenar dalam tempoh PPN, bermula 9 Okt - Hishammuddin
1f4cc.png
PPN: Bermula 9 Okt, aktiviti lelongan awam bagi sektor pajak gadai dibenar dengan syarat ketat - Hishammuddin
1f4cc.png
Sektor tembakau dan rantaiannya dibenar beroperasi di Fasa Dua PPN dan seterusnya mulai 9 Okt - Hishammuddin
#PPN @hishammuddinhussein @mkn_rasmi

1633522178150.png
 
PELAN PEMULIHAN NEGARA | Pahang Beralih Ke Fasa 4, Johor Fasa 3 Mulai 8 Oktober

Pahang menjadi negeri ketiga beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 Oktober ini.

 
PPN | Kebenaran Rentas Negeri, Penghargaan Buat Barisan Hadapan

Pengumuman kerajaan membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini adalah satu penghargaan kepada petugas barisan hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata kini tanggungjawab terletak sepenuhnya kepada rakyat untuk sentiasa mematuhi semua tindakan kesihatan awam dan SOP yang masih berkuat kuasa.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register