BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

FB_IMG_1631103344574.jpg

TERKINI | Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini (10 September 2021), kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim

Laporan lanjut menyusul.
 
FB_IMG_1631103441900.jpg

TERKINI | Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2, bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 10 September 2021.

Laporan lanjut dalam Buletin Utama, malam ini.
 
FB_IMG_1631103492460.jpg

TERKINI | Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pergerakan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya, selepas kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN berkuat kuasa Jumaat ini.

Perkara itu dipersetujui selepas Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

Laporan lanjut dalam Buletin Utama, malam ini.
 
FASA 2 PPN | Pergerakan Bebas Di Selangor, KL & Putrajaya Mulai 10 September

Kawasan di Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa Jumaat, 10 September ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki fasa 2 sebelum ini.

 
FB_IMG_1631146618451.jpg

🔷 Rentas daerah dibenarkan di KL, Putrajaya dan Selangor kepada individu yang lengkap dua dos vaksin - PM Ismail Sabri Yaakob
⁣⁣⁣
🔷 Selangor, KL dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama - PM⁣⁣
⁣⁣⁣
🔷 Aktiviti pelancongan dibenarkan di KL, Putrajaya dan Selangor libatkan penginapan di hotel dan 'homestay' bagi individu lengkap dua dos - PM⁣⁣
⁣⁣⁣
🔷 Kelonggaran SOP aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri Fasa Satu berkuat kuasa Jumaat ini - PM⁣⁣
⁣⁣⁣
🔷 Fasa Satu PPN: Sektor perdagangan dan pengedaran seperti perniagaan kedai bunga, kedai peralatan 'outdoor' dan galeri perumahan dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini - PM⁣⁣
⁣⁣
🔷 Kelonggaran SOP tambahan bagi aktiviti kedai gunting rambut, 'hair dresser' dan salon kecantikan bagi negeri Fasa Dua dan Tiga PPN bermula Jumaat ini - PM
 
FB_IMG_1631146771740.jpg

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua PPN termasuk kebenaran merentas daerah kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.⁣

“Selain itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri, manakala ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.⁣
⁣⁣⁣
Berita selanjutnya :

 
FB_IMG_1631201500359.jpg

Peneraju industri sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam pemulihan negara untuk mencapai kapasiti penuh, disokong oleh garis panduan yang kukuh serta bantuan daripada kerajaan dan agensinya.

Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang 40 peratus kepada ekonomi dijangka bekerjasama erat dengan kerajaan

Berita lanjut layari Bernama.com

 
COVID-19 | Fasa Endemik, Wajib Patuh SOP, Bukan Kebebasan Mutlak

Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila beralih kepada fasa endemik COVID-19, menjelang akhir bulan depan, bukan kebebasan mutlak, tetapi menuntut kepekaan semua pihak.

Laporannya Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
PPN | Fasa 2 Lembah Klang, Orang Ramai Ambil Sikap Berhati-Hati

Peralihan Lembah Klang ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara hari ini bakal merancakkan semula ekonomi, perniagaan dan perindustrian menjelang akhir tahun termasuk memacu semula sektor pekerjaan.

Wartawan Salina Zakaria turun padang meninjau.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register