BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Objektif Utama PPN

#KotaKinabalu Kebenaran itu yang dimasukkan dalam SOP PPN Fasa Dua bagi negeri Sabah yang dikemas kini hari ini.
https://www.hmetro.com.my/.../individu-masuk-sabah-untuk...

Individu masuk Sabah untuk urusan rasmi, lengkap vaksin tak perlu kuarantin​


1631288177113.png


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membenarkan individu yang masuk ke Sabah dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin apabila tiba di negeri ini.

Bagaimanapun, kebenaran itu yang dimasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua bagi negeri Sabah yang dikemas kini hari ini hanya untuk individu lengkap vaksin dan berada di negeri ini dalam tempoh tiga hari.

Jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, bagi urusan rasmi melebihi tiga hari yang membabitkan individu lengkap vaksin, kelonggaran sama turut diberikan, namun diarah membuat pemantauan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera.

Katanya, kemasukan ke negeri ini hanya perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disahkan negatif Covid-19 melalui saringan RT-PCR tiga hari sebelum perjalanan.


"Bagi individu belum lengkap vaksin yang masuk ke Sabah atas urusan rasmi dalam tempoh tiga hari, mereka wajib menjalani kuarantin selama 10 hari dan ujian RTK-Antigen pada hari kelapan," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Bagi bukan urusan rasmi, katanya kemasukan ke Sabah hanya dibenarkan atas kebenaran polis, negatif ujian RT-PCR tiga hari sebelum bertolak, tidak bergejala dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, individu yang keluar dari Sabah ke Sarawak dan Labuan atas urusan tertentu juga perlu menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum bertolak selain tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa di negeri terbabit.

Bagaimanapun, katanya larangan pergerakan individu keluar masuk di antara Labuan dan tanah besar Sabah melalui jalan laut yang dikuatkuasakan sejak awal tahun ini masih dikekalkan.

"Pergerakan individu di antara Labuan dan Sabah melalui feri penumpang, bot penumpang, feri kenderaan atau bot persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali untuk urusan kecemasan dengan kebenaran PDRM, pihak berkuasa negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," katanya.

Katanya, hanya individu yang keluar dari Sabah ke Semenanjung tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan negeri, katanya, turut membenarkan keluar masuk pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin berjumpa anak berusia bawah 18 tahun, namun hanya untuk mereka yang lengkap vaksin dan mendapat kebenaran polis, selain tertakluk kepada syarat kemasukan ditetapkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, larangan rentas daerah dan penguatkuasaan sekatan jalan raya (SJR) juga masih dikuatkuasakan.


Disiarkan pada: September 10, 2021 @ 11:01pm

 
FB_IMG_1631288731291.jpg
FB_IMG_1631288733308.jpg

FB_IMG_1631288735471.jpg


Mohd Fauzi Amin bergambar bersama pasangannya June Asmerahawa Minhad berlatar belakangkan Bangunan Perdana Putra di Dataran Putra Putrajaya selepas majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula hari ini nyata memberikan khabar gembira buat penduduk di Lembah Klang yang hampir sembilan bulan ‘terkurung’ susulan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

📸 Harry Salzman
 
PPN | Sabah Benar Individu Lengkap Vaksin Masuk Tanpa Kuarantin

Kerajaan Sabah membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki negeri itu untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin.

 
Berita baik, senang nak hantar barang TM hand carry.
 
#BHnasional Kemas kini SOP Fasa Dua PPN itu mula berkuat kuasa 16 September ini

 
FASA 2 PPN | Premis Makanan Di Melaka Masih Lengang

Meskipun telah seminggu, makan di kedai makan dan restoran dibenarkan selepas melaka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), peniaga dan pelanggan di negeri itu masih berhati-hati untuk memanfaatkan kebenaran.

Majoritinya lebih selesa dengan membeli makanan untuk bawa pulang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
PPN | Orang Ramai Serbu Pantai Bagan Lalang

Bermula semalam kawasan Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara kelonggaran yang diberikan termasuk kebenaran merentas daerah dan melancong dalam negeri yang sama dengan melibatkan penginapan di hotel serta inap desa bagi individu yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Wartawan Siti Khadijah Jaafar.

 
#BHnasional Terus patuhi SOP bagi mengelakkan jangkitan COVID-19

 
FASA 2 PPN | Masih Ada Yang Pandang Enteng, Abai SOP

Kelonggaran merentas daerah serta melancong dalam negeri yang sama menerusi fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa semalam dimanfaatkan sepenuhnya pendudukLembah Klang hari ini.

Namun apa yang dikesalkan, dalam keterujaan beriadah bersama keluarga, ada yang masih culas dan tidak menjaga SOP yang sepatutnya.

Wartawan Siti Khadijah Jaafar yang meninjau situasi di Pantai Bagan Lalang, Sepang, ada laporannya.

 
FASA 2 PPN | Pusat Riadah Keluarga Kembali Meriah

Beberapa pusat riadah keluarga lain di sekitar Lembah Klang antaranya Taman Templer, Rawang, Selangor kembali meriah.

Lokasi itu menjadi tumpuan pengunjung sejak awal pagi tadi yang nyata teruja dapat bersantai menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register