BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

49 Mengaku Tidak Bersalah Kes Penipuan Pelaburan Dalam Talian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

49 Mengaku Tidak Bersalah Kes Penipuan Pelaburan Dalam Talian​

e02c5778c23e5eda87565d5f91bd57566a4cc3008a8dc

Seramai 49 daripada 57 individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pindaan berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan mangsa dari Korea Selatan, bulan lepas.

Pertuduhan pindaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan konspirasi jenayah, menggantikan pertuduhan asal di bawah Seksyen 120B(2) kanun yang sama, iaitu melakukan pakatan jahat jenayah dengan memperdaya mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan.

Kesemua 49 tertuduh, terdiri daripada 48 warga China dan seorang rakyat Malaysia, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Melissa Chia.

Sementara itu, lapan warga Vietnam sebelum ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan asal mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan.

Kesemua tertuduh didakwa terbabit dalam konspirasi jenayah berkaitan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menyasarkan warga Korea Selatan menerusi aplikasi KnowChat dan Telegram.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes, manakala perbicaraan dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Nov ini.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan kepada Zen Chuizen dan Xu Mutao, masing-masing berusia 49 tahun, manakala enam lagi tertuduh sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan, menjadikan keseluruhan lapan tertuduh diberikan ikat jamin.

Baki 41 tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Back
Top
Log in Register