kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
16 Pemandu Kenderaan Barangan, Perkhidmatan Awam Dikesan Positif Dadah
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor Zulkarnain Yasin (kiri) memeriksa kenderaan perdagangan pada Ops Bersepadu Dadah di RNR Pagoh arah selatan malam ini.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor memperkukuh keselamatan jalan raya melalui Ops Bersepadu Dadah yang memfokuskan pemeriksaan pemandu kenderaan barangan dan perkhidmatan awam dengan kerjasama PDRM, AADK dan PLUS Malaysia Berhad bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 16 pemandu kenderaan barangan dan perkhidmatan awam disahkan positif dadah sepanjang Ops Bersepadu Dadah dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor bermula 1 Julai lepas hingga malam ini.
Pengarah JPJ Johor Zulkarnain Yasin berkata operasi bersama pihak polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS Malaysia Berhad itu melibatkan pemeriksaan di lokasi strategik di seluruh negeri.
“Daripada 16 pemandu terbabit, 10 didapati positif terhadap methamphetamine, syabu (tiga), ganja (dua) dan morfin (seorang). Kesemuanya adalah dalam kalangan 164 pemandu yang menjalani ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah selatan di sini malam ini.
Beliau berkata operasi itu dijalankan di kawasan R&R lebuh raya, hadapan Stesen Penguat Kuasa (SPK) JPJ serta terminal bas, dengan pemilihan lokasi dibuat berdasarkan tahap risiko dan corak pergerakan kenderaan bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.
Zulkarnain berkata JPJ akan menggantung atau membatalkan lesen vokasional pemandu yang didapati positif dadah selaras Seksyen 56(4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata sepanjang operasi itu, JPJ turut mengesan pelbagai kesalahan di bawah APJ 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta peraturan berkaitan.
Antara kesalahan yang direkodkan ialah tiada lesen memandu (707), cukai jalan tamat tempoh (626), insurans tamat tempoh (574), tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL) (128), kenderaan lebih muatan (113), lesen memandu tamat tempoh (30), GDL tamat tempoh (14) dan cakera PUSPAKOM tamat tempoh (51), selain 490 kesalahan lain.
Bagi kesalahan teknikal pula, sebanyak 39 kes membabitkan ubah suai kenderaan, 30 kes tayar tidak mengikut spesifikasi dan 928 kesalahan teknikal lain.
Loading…
www.bernama.com