BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Treler Positif Dadah Ditahan Rempuh Tiga Kenderaan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang pemandu lori treler bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata lelaki tempatan berusia 28 tahun berkenaan ditahan selepas kemalangan itu dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis telah memohon tahanan reman terhadap pemandu lori treler itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini dan mahkamah membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga 18 Mac bagi membantu siasatan.

“Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 3.15 petang semalam dan siasatan awal mendapati lori treler serta tiga kereta itu sedang bergerak dari arah Juru menuju ke Seberang Jaya sebelum lori berkenaan dipercayai hilang kawalan.

Helmi berkata lori treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah kereta Honda BR-V yang berada di lorong kanan sebelum mengheret kenderaan berkenaan sehingga melanggar dua lagi kenderaan yang terdapat di hadapan.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu sebuah kenderaan Proton X50 terbalik sebelum masuk ke dalam longkang di bahagian kanan jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan tiga mangsa yang menaiki Honda BR-V mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dada dan kaki manakala lima mangsa lain hanya cedera ringan. Kesemua lapan individu itu telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Semalam, media melaporkan trafik sesak sejauh sembilan kilometer susulan kemalangan membabitkan sebuah lori treler dengan tiga kenderaan di Kilometer 137.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

 
Back
Top
Log in Register