hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,511
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,511
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
15 lelaki terbabit pergaduhan ketika pertandingan seni bela diri campuran di Shah Alam
Shah Alam: Satu pergaduhan membabitkan 15 lelaki dipercayai berlaku ketika pertandingan seni bela diri campuran di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, di sini, semalam.
Katanya, siasatan mendapati, pergaduhan bermula di dalam dewan sebelum berlarutan hingga ke luar dewan.
"Kedua-dua peserta ini kemudiannya bertengkar di antara mereka dan mengajak untuk berlawan di atas gelanggang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, seorang peserta berusia 45 tahun cedera dan menerima rawatan di hospital dan keadaannya kini stabil.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pada jam 5.20 petang semalam.
"Seorang daripada suspek berusia 45 tahun memiliki empat rekod jenayah, manakala seorang lagi berusia 40 tahun mempunyai lima rekod jenayah.
"Kedua-duanya disahkan negatif dadah selepas ujian air kencing," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama dua hari sehingga esok.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S. Nawinthan di talian 016-2052314.
Terdahulu, tular beberapa gambar serta video berdurasi 1.52 minit itu, kelihatan berlaku perang mulut selain beberapa individu bergaduh, bertumbuk, membaling dan memukul menggunakan kerusi di dewan berkenaan.
GARA-gara penyertaan dibatalkan, dua lelaki bergaduh ketika pertandingan F3 Strike Combat Tournament di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, ditahan polis petang semalam.
Beliau berkata, pergaduhan melibatkan sekitar 15 orang penyokong yang hadir ke pertandingan tersebut.
“Pergaduhan berlaku di dalam dewan dan berlarutan sehingga ke luar dewan.
“Kedua-dua peserta ini kemudiannya telah bertengkar di antara mereka dan mengajak untuk berlawan di atas gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, tindakan provokasi antara dua peserta telah menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal sehingga penyokong masing-masing berg*duh dan membaling kerusi.
Katanya, mangsa dalam kejadian ini iaitu seorang lelaki berbangsa India berusia 45 tahun yang merupakan peserta telah menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Bertindak atas maklumat, dua lelaki berbangsa India ditahan pada pukul 5.20 petang.
“Semakan mendapati suspek berusia 45 tahun mempunyai empat rekod lampau manakala suspek berusia 40 tahun mempunyai lima rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah.
“Ujian saringan air kencing mendapati kdua-dua negatif dadah,” katanya.
Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Shah Alam hari ini dan dibenarkan reman selama dua hari sehingga Selasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148/ 324 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor S. Nawinthan di talian 016-2052314.
February 24, 2025
Sumber: UtusanTV