BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12 Tahun Kehilangan MH370, Rindu Yang Tidak Pernah Padam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
74fa4243ac8383f731bd7771f7d9b37d60446b2974042


“Bukannya diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu”. Bait-bait lirik lagu Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamaleng ini seakan-akan menggambarkan perasaan yang masih ditanggung keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, satu kehilangan yang sangat menghiris perasaan, hingga kini terus hidup dalam ingatan mereka.

Dua belas tahun telah berlalu sejak pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, membawa 227 penumpang dan 12 kru pada 8 Mac 2014.

Namun, bagi keluarga dan waris penumpang serta anak kapal, masa tidak pernah memadamkan rasa kehilangan itu. Kehidupan diteruskan seperti biasa, tetapi setiap kali tarikh 8 Mac menjelma, kenangan terhadap insan tersayang kembali hadir bersama dengan rasa rindu yang tidak pernah padam.

Bagi sebahagian waris, perjalanan selama lebih sedekad itu bukanlah mudah. Mereka belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan yang berubah secara mendadak, membesarkan anak tanpa suami atau isteri di sisi dan menyambung rutin harian sambil memikul memori yang tidak pernah pudar.

Nurlaila Ngah @ Awang, 52, isteri kepada pramugara kanan LS Wan Swaid Wan Ismail ketika dihubungi Bernama, mengakui rindu kepada suaminya tidak sesekali padam walaupun sudah 12 tahun kejadian itu berlaku, malah ada satu tempoh beliau tidak boleh makan atau melihat makanan kegemaran suaminya, iaitu tart nanas dan laksam.

Wanita itu yang pernah bertugas sebagai kru MAS sebelum ini, berkata bagi melepaskan rasa rindu itu, dia mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya kini menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Jadi, jarak dari rumah nak ke lapangan terbang tidak jauh. Kalau rindu saya akan pergi ke lapangan terbang … saya akan ke anjung tinjau tengok kapal terbang, nak lepaskan rindu.

“Tetapi, apabila tengok kapal terbang pun saya menangis,” katanya sambil menambah trauma tragedi itu turut meninggalkan kesan kepadanya, beliau akan berdebar-debar setiap kali melihat kru penerbangan dan takut untuk menaiki pesawat hingga kini.

 
Back
Top
Log in Register