Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pada 1.19 pagi, 8 Mac 2014, satu ucapan balas ringkas dari kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 direkodkan oleh kawalan trafik udara.
“Good night Malaysian Three-Seven-Zero.”
Tiada siapa menyangka kata-kata itu akan menjadi komunikasi terakhir daripada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal sebelum ia lenyap daripada radar, awal pagi itu.
Hari ini, 12 tahun kemudian, kehilangan pesawat Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu masih kekal sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam sebelum komunikasi terakhir dengan kawalan trafik udara direkodkan ketika pesawat beralih dari ruang udara Malaysia ke Vietnam.
Tidak lama selepas itu, pesawat dengan kod pendaftaran 9M-MRO hilang daripada radar awam sebelum analisis data satelit kemudian menunjukkan ia dipercayai berpatah balik dan terbang jauh ke arah selatan Lautan Hindi.
Usaha pencarian melibatkan pelbagai negara serta syarikat persendirian sepanjang lebih sedekad di Lautan Hindi yang dipercayai menjadi lokasi terakhir penerbangan pesawat berkenaan menemui jalan buntu tanpa sebarang jawapan mahupun penemuan konkrit.
Sejak hari pertama pencarian sehingga kini, operasi menjejaki pesawat itu merangkumi kawasan dasar laut seluas lebih 250,000 kilometer persegi menggunakan kapal penyelidikan dan sonar termasuk peralatan berteknologi tinggi.
Sejak 2015, puluhan serpihan pesawat yang disyaki daripada MH370 ditemukan di pelbagai lokasi di perairan dan persisir Lautan Hindi termasuk di Pulau Reunion, namun hanya tiga penemuan iaitu sebahagian daripada sayap (flaperon) serta serpihan daripada bahagian penutup enjin disahkan berasal daripada pesawat itu.
Mengenang MH370: 12 Tahun Berlalu, Harapan Dan Persoalan Masih Belum Terungkai
MH370, ulang tahun, tragedi, hilang, pesawat, pene