combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,188
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,188
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Pada pukul 1.09 pagi, 8 Mac 2014, ungkapan “Good night, Malaysian three-seven-zero," merupakan mesej terakhir dari kokpit pesawat MH370 selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam.
Kehilangan MH370 kekal sebagai satu daripada misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden, membawa kesedihan yang berpanjangan kepada keluarga mangsa serta mencetuskan pelbagai teori dan usaha pencarian yang masih berterusan.
Dalam tempoh lebih satu dekad, dunia terus tertanya-tanya, mungkinkah misteri ini akhirnya akan terungkai? Bagi keluarga 239 individu yang terlibat, mereka masih menanggung keperitan kehilangan insan tersayang sambil mengharapkan keajaiban yang mampu merungkai segala persoalan.
Meskipun 11 tahun telah berlalu, Malaysia tetap komited dalam usaha mencari bukti dan jawapan bagi merungkai tragedi penerbangan paling buruk dalam sejarah negara.
Kementerian Pengangkutan (MOT), dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian MH370 berdasarkan petunjuk yang berwibawa, sekali gus memberikan jawapan yang amat diperlukan oleh keluarga mangsa.
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 13 Dis lalu, kerajaan telah bersetuju menerima cadangan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk memulakan semula operasi pencarian di kawasan baharu seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
“Operasi ini akan dilaksanakan berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, iaitu tiada sebarang pembayaran akan dibuat melainkan bangkai pesawat ditemukan.
MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?
MH370, Kementerian Pengangkutan, 11 tahun, Ocean I