BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeritan misteri dalam lori sampah terungkai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,705
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,705
Reaction score
97
Points
80

Jeritan misteri dalam lori sampah terungkai​

3636737.webp

Operasi menyelamat disertai kira-kira 25 anggota bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan sampah dari dalam lori secara manual. - Foto Agensi

SAN FRANCISCO - Tiada siapa menyangka jeritan meminta tolong yang kedengaran dari sebuah lori sampah membawa kepada penemuan seorang lelaki yang tertimbus di bawah timbunan sampah yang telah dimampatkan.

Seorang pejalan kaki segera menahan pemandu lori Recology dan memaklumkan bahawa dia terdengar suara seseorang ketika kejadian di Mason Street pada awal pagi Rabu lalu.

Operasi menyelamat kemudiannya dijalankan dengan disertai kira-kira 25 anggota bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan sampah dari dalam lori secara manual.

Laporan awal Jabatan Bomba San Francisco mendapati lelaki itu berada di dalam sebuah tong sampah sebelum diangkat secara mekanikal dan dicurahkan ke dalam lori.

Punca individu itu berada di dalam tong sampah masih disiasat.

Lelaki berkenaan kini dirawat Hospital Besar Zuckerberg San Francisco dan keadaannya dilaporkan agak serius. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register