kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Jeritan misteri dalam lori sampah terungkai
Operasi menyelamat disertai kira-kira 25 anggota bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan sampah dari dalam lori secara manual. - Foto Agensi
SAN FRANCISCO - Tiada siapa menyangka jeritan meminta tolong yang kedengaran dari sebuah lori sampah membawa kepada penemuan seorang lelaki yang tertimbus di bawah timbunan sampah yang telah dimampatkan.
Seorang pejalan kaki segera menahan pemandu lori Recology dan memaklumkan bahawa dia terdengar suara seseorang ketika kejadian di Mason Street pada awal pagi Rabu lalu.
Operasi menyelamat kemudiannya dijalankan dengan disertai kira-kira 25 anggota bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan sampah dari dalam lori secara manual.
Laporan awal Jabatan Bomba San Francisco mendapati lelaki itu berada di dalam sebuah tong sampah sebelum diangkat secara mekanikal dan dicurahkan ke dalam lori.
Punca individu itu berada di dalam tong sampah masih disiasat.
Lelaki berkenaan kini dirawat Hospital Besar Zuckerberg San Francisco dan keadaannya dilaporkan agak serius. - Agensi
Jeritan misteri dalam lori sampah terungkai
SAN FRANCISCO - Tiada siapa menyangka jeritan meminta tolong yang kedengaran dari sebuah lori sampah membawa kepada penemuan seorang lelaki yang tertimbus...