dloanman
CG Top Poster Club

- Messages
- 46,544
Top Poster #10
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 46,544
- Reaction score
- 4,820
- Points
- 266
11 pekerjaan yang sudah pupus, dari penyusun pin boling sampai pencuri mayat
By KU SYAFIQ KU FOZIJanuary 31, 2024 5 Mins ReadPEKERJAAN yang sudah pupus: (dari kiri) tukang kejut orang tidur, pencuri mayat dan lektor.
DUNIA kerjaya bergerak laju, terutamanya selepas Revolusi Industri Pertama pada lewat abad ke-18.
Banyak penemuan yang dimotivasikan industri menumbuhkan pelbagai pekerjaan baharu dan dalam masa sama memupuskan banyak pekerjaan lain. Disebabkan teknologi, banyak pekerjaan menjadi lapuk dan tidak berguna lagi.
Banyak pekerjaan yang kita tak terfikir pernah wujud suatu masa dahulu sebenarnya ada kerana beratus tahun dahulu, banyak teknologi yang kita guna hari ini belum tercipta. Tanpa teknologi, fungsinya perlu dijalankan manusia.
Jumlah pekerjaan yang sudah pupus sangat banyak tetapi Relevan cuba kumpulkan 11 yang paling menarik untuk anda.
- Tukang kejut orang tidur
Ini kerana, pada waktu itu, jam penggera terlalu mahal atau sukar digunakan (tak mudah nak tetapkan penggera pada jam tertentu seperti yang ada sekarang).
Maka, mereka yang ada wang lebih akan beri upah pada orang tertentu yang akan mengetuk tingkap bilik mereka menggunakan kayu atau buluh pada waktu yang ditetapkan.
Kerjaya ini popular ketika Revolusi Industri di Belanda, Britain, Ireland dan beberapa negara lain sebelum mula pupus pada 1940-an.
- Ahli frenologi
Ahli frenologi akan ‘membaca’ kepala ‘pesakit’ dengan menggerakkan jari dan tapak tangan ke seluruh kepala, mencari benjol atau tekanan pada mana-mana bahagian.
Mereka kemudiannya akan meneka personaliti pesakit tersebut berdasarkan bentuk kepala dan tengkoraknya.
Bidang tersebut disahkan palsu pada hujung abad ke-19. Ahli frenologi yang masih percaya pada kesahihannya meneruskan pekerjaannya di pasar-pasar bersama pembaca tapak tangan dan tukang tilik.
- Pengasah pisau
Kini, pekerjaan tersebut tidak lagi diperlukan apabila alat pengasah dijual secara komersial – orang boleh asah pisau sendiri di rumah.
Namun, portal Patch ada melaporkan perkhidmatan mengasah pisau yang masih aktif. Cuma dah tak ramai, kecuali untuk perkhidmatan membaiki dan membaharui alat tajam yang sudah sangat tumpul atau berkarat. Ini susah nak buat sendiri, jadi perlu upah orang.
- Pemotong ais
Inilah tugas pemotong ais. Di negara empat musim, ais akan dikumpul dan disimpan ketika musim sejuk supaya boleh digunakan dalam musim-musim lain.
Pemotong ais akan (literally!) memotong ais dari bongkah-bongkah ais yang terbentuk kerana cuaca, atau dari tasik-tasik yang membeku menggunakan pelbagai alat termasuk gergaji. Bongkah ais selepas dipotong akan dijual kepada orang ramai.
- Penyusun pin boling
Penyusun pin atau pinsetter dan pinboy (kita boleh panggil mereka budak pin, macam budak milo dalam bola sepak) akan duduk di hujung lorong boling dan menyusun pin satu-satu selepas habis setiap pusingan balingan.
Kerjaya ini pupus selepas penyusun pin automatik digunakan secara meluas di pusat-pusat boling.
- Pemasang pelita
Ini sebelum lampu jalan dicipta. Jalan-jalan akan diterangi nyalaan pelita dan ada orang yang diupah untuk menyalakannya setiap malam.
- Operator lif
Seorang operator lif ditugaskan untuk mengawal kelajuan lif (ia dikawal menggunakan sistem takal) untuk berhenti dengan tepat di tingkat-tingkat tertentu. Mereka juga perlu membuka dan menutup pintu lif secara manual dan memaklumkan kepada tetamu syarikat yang ada pada setiap tingkat.
- Ahli fisionomi
Ahli fisionomi bertugas membaca karakter seseorang berdasarkan penampilannya. Pekerjaan ini ada dalam bidang sains, falsafah dan jenayah.
Namun, selepas dibuktikan palsu, pekerjaan tersebut pupus dan tidak diamalkan lagi.
- Lektor
Seorang lektor akan duduk di atas platform tinggi dan membacakan surat khabar atau novel untuk mengisi fikiran pekerja kilang yang perlu membuat kerja-kerja rutin yang membosankan.
- Pencuri mayat
Kekurangan mayat untuk sekolah perubatan mencipta pasaran gelap untuk bekalan mayat. Pekerjaan pencuri mayat (resurrectionist) muncul. Kerja mereka: gali kubur orang dan bawa mayat untuk dijual.
Pekerjaan tersebut dijalankan secara haram sehingga pada suatu ketika, orang dibunuh supaya mayatnya boleh dijual. Ini menyebabkan kerajaan United Kingdom menggubal Akta Anatomi 1832 untuk mengawal selia pembekalan mayat untuk tujuan penyelidikan.
- Pengangkut balak
Dari hutan di hulu, balak akan dibiarkan hanyut mengikut arus sungai ke hilir, dan dibawa ke kilang-kilang untuk diproses. Pengangkut balak bertugas memastikan balak tersebut dihanyutkan dengan lancar.
Mereka akan memerhati balak yang hanyut. Jika tersangkut, mereka yang akan mengalihkannya supaya semua balak sampai ke hilir. – RELEVAN
11 pekerjaan yang sudah pupus, dari penyusun pin boling sampai pencuri mayat - Relevan
Banyak pekerjaan yang kita tak terfikir pernah wujud suatu masa dahulu sebenarnya ada kerana beratus tahun dahulu, banyak teknologi yang kita guna hari ini belum tercipta.