BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kereta polis tular langgar lampu isyarat sudah dikenal pasti

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201


Kereta polis tular langgar lampu isyarat sudah dikenal pasti



SEREMBAN: Pihak polis sudah mengenalpasti dan mengambil tindakan sepatutnya terhadap anggota yang terbabit kejadian sebuah kenderaan agensi itu yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah.

Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2, di sini kira-kira jam 12.20 tengah malam, 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya mengambil maklum penularan sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan kejadian itu.

“Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan sudah mengenalpasti keadaan sebenar insiden itu selepas siasatan selesai, tindakan dalaman akan diambil pada yang terbabit,” katanya, hari ini.

Beliau menegaskan, setiap pegawai dan anggota polis tertakluk kepada peraturan jalan raya, kecuali dalam keadaan tertentu yang membabitkan tugasan kecemasan serta memerlukan tindakan segera demi keselamatan dan kelancaran operasi.

Jelas beliau, sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang.

Justeru beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diseru untuk mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran rasmi PDRM dan tidak menularkan spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, pengguna jalan raya dirakam hampir terlanggar sebuah kereta polis yang dikatakan melanggar lampu isyarat merah, bagaimanapun, orang awam itu sempat membrek.

Artikel : Buletin Tv3
 
Anggota polis yg bom wanita Mongolia dulu pun dikenalpasti. Satu hilang entah ke mana, satu la hukuman diganti.. Itu pun sumber berita. Tak tahu la betul ke idok.
 
maksud dia:

"betul ke yang kena hukum mati tu yang bunuh Altantuya?"

"Ke yang tu kambing hitam je"

"Yang lari tu yang bunuh? Bukan dia?"


macam tu la agaknya.
Yg terlepas Australia tu Kpl sirul...
Yg ade kat malaysia insp azilah...
Mmg diorg la yg bunuh...
Mahkamah pun jatuh hukum same utk dua2 tak silap....
 
Back
Top
Log in Register