BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tiga Golongan Ini Kena Had Makan Durian Jika Ada Risiko Kesihatan’ - Pakar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Pakar Kesihatan Perubatan Awam, Dr Safiya Amaran menyatakan ada tiga golongan yang perlu menghadkan pemakanan durian. Mereka seharusnya mengambil satu hingga dua ulas sahaja bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini, petik Harian Metro. Tiga golongan itu yang dinyatakan Dr Safiya adalah individu berusia lebih 50 tahun, perokok tegar dan penghidap penyakit kronik.

“Durian mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 49 kerana kandungan seratnya yang tinggi. Namun, jika dimakan secara berlebihan boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan ketara, terutamanya bagi pesakit diabetes atau pradiabetes,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama isi durian mengandungi kandungan tenaga dan gula yang tinggi iaitu sekitar 130 hingga 253 kilokalori (kcal) untuk berat 155 gram. Menurutnya lagi, memakan durian secara berlebihan, secara tidak langsung boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Sekali gus menambah risiko untuk mendapat angin ahmar.​

1754581741645.png

Sumber asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1249122/had-makan-durian-jika-ada-risiko-kesihatan-pakar
 
Back
Top
Log in Register