BTC USD 119,263 Gold USD 3,347.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Obes jika saiz jeans lebih 33, risiko meninggal awal' - Menteri Kesihatan Indonesia

combat13

Super Active Member
Messages
7,374
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,374
Reaction score
224
Points
73
3125411.webp

Berdasarkan piawaian Kementerian Kesihatan Indonesia, ukuran pinggang lelaki yang dikategorikan sihat ialah 90 sentimeter ke bawah. Foto hiasan

JAKARTA - Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin mendedahkan beberapa petunjuk kesihatan penting yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat termasuk tanda-tanda obesiti.

Menurut beliau, salah satu penanda awal obesiti ialah ukuran lilitan pinggang.

Berdasarkan piawaian Kementerian Kesihatan Indonesia, ukuran pinggang lelaki yang dikategorikan sihat ialah 90 sentimeter ke bawah.

Budi menjelaskan, ukuran lilitan pinggang itu boleh dikaitkan secara mudah dengan saiz seluar jeans.

"Jika seseorang lelaki memakai seluar jeans bersaiz lebih 33 inci, ia dianggap sebagai tanda tubuh tidak sihat.

“Kalau lelaki beli seluar jeans dan saiznya lebih daripada 32 atau 33, contohnya saiz 34, itu dah pasti obes. Yang macam itu, kemungkinan untuk kembali kepada ALLAH lebih cepat berbanding mereka yang saiz seluarnya 32,” katanya kepada wartawan ketika melancarkan program Pasukan Putih Jakarta pada Rabu.

“Saya bukan hendak menghina bentuk badan, tetapi hakikatnya begitulah,” tambah Budi.

Beliau turut menegaskan mengenai kepentingan memantau tekanan darah secara berkala.

Menurutnya, darah tinggi boleh dirawat dengan mudah jika dikesan awal, tetapi ramai masyarakat mengambil mudah perkara ini.

“Tak boleh biarkan darah tinggi. Tekanan darah normal ialah 120/80. Kalau dah tinggi, pergilah ke klinik kesihatan (puskesmas), ubat diberi secara percuma,” ujarnya.

Selain tekanan darah, beliau turut mengingatkan agar orang ramai sentiasa mengawal paras gula dan lemak dalam darah kerana ia memberi kesan kepada organ lain dalam tubuh.

“Tak boleh biarkan gula tinggi. Jangan melebihi 200. Kalau dah lebih 200, pergi ke klinik, mereka akan beri ubat percuma. Jangan dibiarkan. Kalau darah tinggi dan gula tinggi dibiarkan, boleh kena buah pinggang, strok, atau sakit jantung. Umur pun pendek, baru 60 tahun dah kembali kepada ALLAH.

“Yang ketiga apa? Kolesterol, atau lemak dalam darah. Jangan lebih daripada 200. Nak ukur pun sebenarnya mudah,” ujar Budi.

 
Sponsored Post

Lebih 32 inch kira obes dah..
cth 33,34 = 90cm..

elok buat peraturan baru dkt indonesia..
spe2 nk jdi pak polisi, pak menteri..
size pinggang 32 kebawah je..

kurang mkn rasuah skit..

Mujur pinggang saya tak lebih 32 inci 😀

Pinggang menteri memang elok sangat di ambilkira
Lebih 32 kena letak jawatan atau dipecat terus
 
Mujur pinggang saya tak lebih 32 inci 😀

Pinggang menteri memang elok sangat di ambilkira
Lebih 32 kena letak jawatan atau dipecat terus
Kalau Akta ni diluluskan di parlimen Malaysia, hanya tinggal YB SS dan YB Hannah Yeoh.
Yang lain semua kena lucutkan jawatan 😁
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register