BTC USD 83,853.1 Gold USD 4,289.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan pasaran menjangkakan bank pusat kekal memperketat dasar berikutan peningkatan inflasi dipacu krisis tenaga global. Bank pusat juga sedang memantau perkembangan konflik di Asia Barat dan meneliti data ekonomi yang akan datang. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kekal tidak menentu minggu ini tetapi menunjukkan tanda penyesuaian reaksinya terhadap perkembangan semasa. "Daripada memberi reaksi dan bertindak balas terhadap setiap tajuk berita, pasaran mula menyerap perkembangan tersebut sekali gus menunjukkan sebahagian besar perkembangan negatif tersebut mungkin sudah memberi kesan,"...
N​​​​​​iaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat menyusut menjelang pengumuman data ekonomi yang dijadualkan minggu depan. Emas sering bergerak secara bertentangan terhadap dolar AS. Pada penutup, kontrak semerta April 2026 meningkat kepada US$4,670.00 setiap auns troy daripada US$4,643.90 setiap auns troy semalam, dan kontrak Mei 2026 mengukuh kepada US$4,689.30 setiap auns troy berbanding US$4,663.20 setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih kukuh pada US$4,708.60 setiap auns troy berbanding US$4,682.50 setiap auns troy pada Khamis. Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada sembilan lot semalam, manakala kepentingan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 susut kepada US$4,643.9 bagi setiap auns troy daripada US$4,742.80 bagi setiap auns troy semalam. Sementara itu, kontrak Mei 2026 melemah kepada US$4,663.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,762.10 bagi setiap auns troy sebelumnya. Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,682.50 bagi setiap auns troy daripada US$4,782.40 bagi setiap auns troy. Jumlah dagangan semakin merosot kepada sembilan lot daripada 10 lot semalam manakala...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat. Pada penutup urus niaga, kontrak bulan semasa April 2026 meningkat kepada US$4,742.80 setiap auns troy daripada US$4,589.7 setiap auns troy semalam manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,762.10 setiap auns troy daripada US$4,609.0 setiap auns troy sebelum ini. Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 masing-masing juga ditutup tinggi pada US$4,782.40 setiap auns troy daripada US$4,642.9 setiap auns troy. Jumlah dagangan susut kepada 10 lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55 kontrak daripada 46 kontrak. Emas fizikal ditetapkan...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan baharu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai potensi pelan keluar daripada konflik Asia Barat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kata peniaga. Beliau berkata pengumuman itu telah mendorong kenaikan saham Asia dan meningkatkan sentimen pelabur. “Sentimen pasaran terus diperkukuh oleh kemuncak musim daun pokok getah gugur di negara-negara pengeluar utama, yang telah mengehadkan bekalan bahan mentah dengan ketara. “Kenaikan awal sebahagiannya dikekang oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan getah serantau, ringgit yang tinggi berbanding dolar AS dan penurunan harga minyak mentah,” katanya...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran harga minyak mentah rendah, kata peniaga. Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.44 peratus kepada US$112.30 setong. Beliau berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh kenaikan kos tenaga dan risiko geopolitik berterusan yang menjejaskan prospek ekonomi global. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh data ekonomi China yang positif dan kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah berikutan negara-negara pengeluar utama masih berada dalam musim daun pokok getah gugur,” katanya kepada Bernama. Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 6.0 sen kepada 809 sen sekilogram...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin susulan peningkatan permintaan terhadap aset selamat apabila pelabur mengambil peluang membeli logam berharga itu selepas mencatatkan penurunan ketara sepanjang bulan ini di tengah-tengah ketegangan perang yang semakin memuncak. Pada penutupan dagangan, kontrak semerta Mac 2026 meningkat kepada US$4,531.70 setiap auns troy berbanding US$4,439.80 pada Jumaat lepas. Kontrak April 2026 meningkat kepada US$4,551.70 setiap auns troy berbanding US$4,459.80, manakala kontrak Mei 2026 menokok kepada US$4,571.70 setiap auns troy berbanding US$4,479.80 sebelumnya. Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 turut ditutup sedikit lebih tinggi pada US$4,605.60 setiap auns...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,300 Hingga US$4,500 Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang besar antara US$4,300 hingga US$4,500 minggu depan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran susulan ketegangan di Asia Barat yang berterusan. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang memerhati senario bermula daripada gencatan senjata hingga potensi berlakunya gangguan kepada eksport minyak Iran kepada peningkatan operasi ketenteraan Amerika Syarikat. Innes berkata ketegangan yang semakin reda berkemungkinan akan menurunkan harga minyak, yang seterusnya boleh mengurangkan hasil dan tekanan ke atas emas serta memulihkan daya tarikannya sebagai penyimpan nilai. “Secara ringkasnya, emas bukan sahaja bertindak balas...
Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Susulan Permintaan Lebih Kukuh
Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh terhadap komoditi berkenaan berikutan gangguan bekalan dalam segmen getah sintetik global, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA). MARGMA berkata pasaran kini berdepan dengan kekurangan serius lateks getah nitril butadiena (NBR) berikutan sekatan yang sedang berlangsung di Selat Hormuz dan ia mengganggu laluan perkapalan global serta menyebabkan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setiap tong. "Memandangkan NBR diperoleh daripada petroleum dan merupakan bahan mentah utama untuk sarung tangan nitril, krisis ini memberi kesan langsung terhadap ketersediaan dan kosnya selain turut menjejaskan bahan kimia yang digunakan...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Minyak Mentah, Harga Minyak Kacang Soya Kukuh
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Sewaktu berita ini ditulis, minyak mentah Brent meningkat 2.52 peratus kepada US$110.70 setiap tong. Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak kacang soya yang lebih kukuh juga menyokong pasaran. "Kami mendapati harga MSM disokong pada paras melebihi RM4,580 setiap tan dengan paras rintangan pada RM4,700 setiap tan," katanya kepada Bernama. Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kontrak niaga hadapan MSM meningkat sedikit, meneruskan kenaikan kukuh dari sesi sebelumnya dan menamatkan minggu...
Niaga Hadapan Emas Melemah Selepas Pelabur Beralih Ke Dolar US
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan kerugian untuk ditutup lebih rendah pada hari Jumaat selepas pelabur semakin beralih kepada aset selamat seperti dolar US. Pada penutupan, kontrak semerta Mac 2026 turun kepada US$4,439.80 satu auns troy berbanding US$4,440.20 yang dicatatkan pada Khamis, April 2026 merosot kepada US$4,459.80 satu auns troy daripada US$4,460.20 dan Mei 2026 jatuh kepada US$4,479.80 satu auns troy daripada US$4,480.20 sebelum ini. Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga berakhir lebih rendah pada US$4,513.70 satu auns troy daripada US$4,514.10 semalam. Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot berbanding sembilan lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 87 kontrak...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Harga Fizikal, Sentimen Positif Pasaran
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikan susulan niaga hadapan getah Jepun yang meningkat dan harga fizikal komoditi yang kukuh di Thailand. Dalam pada itu, data ekonomi China yang positif turut memperkukuh sentimen pasaran, kata seorang peniaga. "Keuntungan industri China meningkat 15.2 peratus pada Januari-Februari 2026 berbanding 0.6 peratus pada 2025 sekali gus menunjukkan pemulihan tetapi masih berdepan dengan tekanan kos dan risiko eksport," katanya. Beliau menambah peningkatan dalam hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China juga menyumbang kepada aliran tersebut. China memberi isyarat langkah positif untuk perdagangan AS-China dengan Menteri Perdagangannya Wang Wentao menekankan...
Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Kebimbangan Peningkatan Konflik Asia Barat
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot pada Khamis susulan peningkatan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merancang operasi taktikal amfibia berhampiran Pulau Kharg, sebuah hab utama bagi eksport minyak mentah Iran. Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas susut daripada sekitar US$4,950 semalaman kepada hampir US$4,450 dalam dagangan Asia, satu pergerakan yang mungkin kelihatan bertentangan dengan jangkaan berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat. Beliau berkata sebarang gangguan terhadap eksport minyak dari Pulau Kharg boleh menyebabkan kejutan bekalan yang ketara kepada pasaran minyak global. “Bagaimanapun, penurunan ini mencerminkan dinamika...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Geopolitik Tidak Menentu
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat(AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran. Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata situasi semasa adalah merumitkan berikutan isyarat pasaran biasa yang tidak selari dengan pergerakan harga. “Lazimnya, sekiranya ketegangan antara AS-Israel dan Iran mereda, harga minyak sewajarnya menyusut, dolar AS lemah dan hasil global berkurangan. “Dalam keadaan ini, harga emas biasanya mendapat manfaat, bukan disebabkan kebimbangan meningkat, tetapi kerana kos memegang emas...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan disebabkan pelabur terus memantau ketidakpastian dalam pergerakan harga minyak mentah. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata jika minyak mentah terus meningkat, ia akhirnya boleh mencetuskan kemerosotan permintaan, di mana harga tinggi mengekang penggunaan dan mendorong minyak lebih rendah, seterusnya akan mengurangkan inflasi dan membantu emas menjadi stabil. Bagaimanapun, terdapat risiko jangka pendek, jika minyak melebihi had sebelum permintaan berkurangan, ia akan menyeret hasil Amerika Syarikat lebih tinggi dalam tempoh sementara, mengetatkan keadaan kewangan dan bersandar secara langsung terhadap emas. “Ini...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Susulan Konflik Asia Barat Dorong Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan konflik Asia Barat mempengaruhi harga minyak mentah dan mendorong aktiviti pengambilan untung, kata peniaga. Harga getah sering dikaitkan dengan harga minyak berikutan getah asli bersaing dengan getah sintetik, yang dihasilkan daripada petroleum. Oleh itu, kenaikan harga minyak cenderung untuk menyokong harga getah. Beliau berkata sentimen pasaran, bagaimanapun, kekal berhati-hati disebabkan ketidaktentuan inflasi berikutan harga minyak yang melonjak dan ketegangan yang meningkat di Asia Barat terus menjejaskan prospek. “Harga minyak mentah Brent meningkat pada Khamis selepas Iran menyerang beberapa kemudahan tenaga di Asia Barat susulan serangan ke atas medan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX). Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran kekal berpandukan isyarat inflasi kerana ia terus menjejaki pergerakan harga minyak mentah untuk mendapatkan panduan. “Cabarannya adalah fungsi tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) masih sukar untuk ditentukan di sini menyebabkan emas tersekat dalam corak menunggu antara kebimbangan inflasi dan ketidaktentuan dasar,” katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX AS
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata logam berharga itu berada dalam julat yang kecil, diperdagangkan antara US$4,995 dan US$5,035 setiap auns troy. Katanya, pasaran dibebani oleh peralihan secara beransur-ansur ke arah tinjauan bank pusat yang lebih agresif yang kembali mempengaruhi penetapan harga pasaran. "Pasaran secara keseluruhannya telah beralih kepada garis dasar ‘tiada potongan kadar pada 2026’, mengekalkan hasil sebenar yang tinggi dan mengehadkan potensi kenaikan harga emas. "Bagaimanapun, Rizab Persekutuan...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan prestasinya yang bercampur-campur untuk hari dagangan ketiga berturut-turut pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. Beliau berkata beberapa loji getah butadiena di Asia telah mengurangkan pengeluaran atau ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan berikutan kekurangan bahan mentah, yang boleh mendorong penggunaan getah asli sebagai pengganti dan berpotensi menyokong permintaannya. Harga di niaga hadapan getah China dan Singapura kekal disokong oleh bekalan yang terhad dan harga minyak yang lebih tinggi, namun niaga hadapan getah Jepun susut dalam dagangan yang lengang hari ini menjelang hujung minggu yang panjang di Jepun. Peniaga itu berkata sentimen pasaran...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat Fed
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini. Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini serta situasi geopolitik yang masih tidak menentu, pelabur mula mempersoalkan sama ada tiada pemotongan kadar faedah dijangka berlaku tahun ini. “Sekiranya Fed hanya menyingkirkan kecenderungan pelonggaran dan memberi isyarat bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama, hasil sebenar boleh meningkat dan dolar AS mungkin mendapat permintaan. “Dalam keadaan ini...
Back
Top
Log in Register