BTC USD 118,676 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat dalam julat stabil antara US$3,300 hingga US$3,350 pada minggu depan, disokong oleh risiko geopolitik yang berterusan, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes. Beliau berkata logam berharga itu kekal kukuh walaupun hasil Perbendaharaan AS meningkat dan nilai dolar AS mengukuh, menandakan risiko geopolitik sekali lagi mempengaruhi sentimen pasaran. “Saya menjangkakan tahap itu akan membendung pergerakan harga dalam jangka masa terdekat. Tetapi kenyataan ini disertai dengan maklumat tambahan: risiko utama adalah tinggi. Sebarang kejutan atau kegagalan secara tiba-tiba dalam rundingan perdagangan, terutamanya dengan Kesatuan Eropah (EU), boleh...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini lebih tinggi walaupun dolar AS mengukuh, berikutan kebimbangan geopolitik yang mendorong permintaan terhadap aset selamat. Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas dilihat mendapat minat belian yang tinggi, yang lebih banyak didorong oleh ketegangan geopolitik yang kembali memuncak berbanding aliran makroekonomi. Beliau merujuk pusingan terbaharu tarif Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan Kanada serta spekulasi bahawa Kesatuan Eropah mungkin menjadi sasaran seterusnya oleh Washington, yang menyaksikan kedua-dua faktor ini telah merangsang semula minat terhadap aset selamat. “Emas sekali lagi diniagakan sebagai...
Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini dan dijangka dapat merekodkan kenaikan bagi minggu keempat berturut-turut. Menurutnya sentimen pasaran turut disokong oleh pemulihan harga minyak mentah. “Harga minyak kekal stabil pada Jumaat memandangkan pasaran membuat penilaian terhadap ancaman tarif baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di samping kekal berhati-hati terhadap unjuran bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+),” katanya. Setakat ini, harga minyak mentah Brent menokok 0.29 peratus kepada US$68.84 setong...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas dipacu oleh kelemahan dalam dolar US di tengah-tengah ketegangan perdagangan global yang berterusan. Seorang peniaga memberitahu Bernama, dolar US jatuh berikutan pengumuman kerajaan Amerika Syarikat mengenai tarif 50 peratus ke atas tembaga yang akan bermula 1 Ogos depan. Katanya, perkembangan terkini itu telah mendorong permintaan untuk aset selamat selepas pelabur mencari perlindungan daripada jangkaan turun naik di pasaran global. Kontrak bulan semerta Julai 2025 meningkat kepada US$3,338.20 satu auns troy daripada US$3,299.40 yang dicatatkan pada Rabu, Ogos 2025 menokok kepada US$3,353.60 satu auns troy daripada US$3,314.80 dan September...
Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga. Niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketiga berturut -turut hari ini. Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipacu oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang sedang berkurangan di negara-negara pengeluar getah asli disebabkan oleh hujan. "Agensi meteorologi Thailand memberi amaran tentang hujan lebat dan pengumpulan yang boleh menyebabkan banjir kilat dan limpahan mulai 10 hingga 13 Julai," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, katanya, keuntungan lebih lanjut telah dihadkan oleh kenaikan pengeluaran getah asli seperti yang dilaporkan oleh Jabatan...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan permintaan terhadap emas. Seorang peniaga memberitahu Bernama, prestasi perlahan dalam pasaran emas COMEX AS dan dinamik mata wang global, ditambah dengan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur yang mengurangkan pegangan mereka menjelang pengumuman tarif baharu oleh AS turut menyumbang kepada penyusutan pasaran niaga hadapan emas tempatan. Namun begitu, katanya, ketegangan perdagangan global yang semakin memuncak mungkin meningkatkan permintaan terhadap emas apabila pelabur mencari perlindungan daripada jangkaan ketidaktentuan harga saham. Kontrak bulan semerta bagi Julai 2025 susut...
Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan bercampur-campur susulan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah akibat faktor cuaca di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga. Beliau berkata agensi kaji cuaca Thailand - negara pengeluar utama komoditi itu, telah memberi amaran mengenai hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan banjir kilat pada 10-12 Julai, 2025. Selain itu, sentimen pasaran juga lebih positif selepas Persatuan Penumpang Kereta China melaporkan peningkatan jualan kereta pada Jun yang juga bulan kelima berturut-turut. “Ia meningkat sebanyak 18.6 peratus tahun ke tahun kepada 2.1 juta kenderaan, naik daripada 13.9 peratus yang dicatatkan pada Mei lepas,” katanya. Bagaimanapun, beliau...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh jangkaan eksport yang lebih kukuh dalam minggu-minggu akan datang. Pedagang minyak sawit David Ng berkata pasaran disokong oleh keyakinan bahawa permintaan yang mantap dari India akan berterusan, menyokong prestasi eksport dalam jangka masa terdekat. "India adalah salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, apabila ia meningkatkan pembelian, ini bermakna angka eksport Malaysia akan melonjak dan menyokong harga," katanya kepada Bernama. Unjuran bahawa pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan turut memacu sentimen positif di pasaran. "Kami melihat sokongan pada RM4,080...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan permintaan lebih baik di tengah-tengah laporan terkini pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS), mengikut seorang peniaga. Sementara itu, media melaporkan kenyataan terkini Presiden AS Donald Trump, yang memberi amaran mengenai tarif baharu ke atas negara sekutu dengan dasar BRICS dan menetapkan tarikh akhir 1 Ogos untuk rundingan baharu dengan China, telah mencetuskan sentimen menolak risiko dalam pasaran, mendorong pelabur memilih aset selamat seperti emas. Kontrak semerta bulan Julai 2025 meningkat kepada US$3,337.80 setiap auns troy daripada US$3,320.80 pada Isnin, kontrak Ogos 2025 naik kepada US$3,353.20 daripada US$3,335.90, dan kontrak September...
Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini berikutan kebimbangan mengenai bekalan getah asli dan optimisme terhadap peningkatan permintaan kenderaan, kata peniaga. Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini, disokong oleh optimisme terhadap peningkatan permintaan kenderaan selepas pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di China, BYD Auto Co Ltd mengumumkan pelan untuk meningkatkan pemasangan EV di Brazil. “Memetik seorang eksekutif kanan, BYD akan memulakan pemasangan kenderaan elektrik di kilang baharu di Brazil seawal bulan ini, mengurangkan import berikutan tarif mula meningkat di pasaran asing terbesarnya,” katanya kepada Bernama. Dalam pada itu, katanya agensi meteorologi Thailand memberi...
Ringkasan Isi Utama Shandong Gold Group merancang terbitkan bon kedua. Kenaikan keuntungan peminer emas dorong penerbitan bon. Zijin Mining rancang IPO di Hong Kong untuk perniagaan emas. Menurut laporan Bloomberg, salah satu pelombong emas terbesar di China, Shandong Gold Group, merancang untuk menerbitkan bon "dollar" kedua dalam tempoh dua minggu, menyusuli peningkatan minat pelabur terhadap logam berharga ini. Shandong Gold Group mempertimbangkan untuk mengeluarkan bon kekal sebanyak kira-kira $100 juta (MYR 425 juta) seawal minggu ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, yang tidak mahu dikenali kerana maklumat tersebut adalah sulit. Penjualan berpotensi ini berlaku selepas syarikat tersebut berjaya mengumpul $300 juta...
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagaimanapun, pengeluaran meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun berbanding 26,966 tan pada Mac 2024. "Pengeluaran getah asli pada Mac 2025 di Malaysia disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (90.9 peratus) berbanding sektor ladang (9.1 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata jumlah stok getah asli pada Mac 2025 meningkat 4.1 peratus kepada 215,054 tan daripada 206,665 tan pada bulan sebelumnya. Kilang pemproses getah menyumbang 87.6 peratus kepada...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, kata pedagang minyak sawit, David Ng. Katanya, stok bekalan tempatan yang semakin meningkat dan paras pengeluaran yang lebih tinggi terus memberi tekanan menurun ke atas harga MSM. “Kami melihat paras sokongan pada RM3,750 setan dan paras rintangan pada RM3,950 setan,” katanya kepada Bernama. Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM mengurangkan keuntungan awal daripada sesi pertama berikutan lonjakan dalam bekalan, tetapi kemudiannya...
Niaga hadapan emas ditutup rendah hari ini disebabkan pengukuhan mata dolar US. Pada penutupan, kontrak Mei 2025 susut kepada US$3,263.50 satu auns troy daripada US$3,335.10 minggu lepas. Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,276.50 satu auns troy daripada US$3,348.10 satu auns troy ketika ditutup Jumaat lepas. Jumlah dagangan jatuh kepada kepada 87 lot daripada 88 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 129 kontrak daripada 42 kontrak sebelumnya. Berdasarkan kepada penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 12 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,235.40 satu auns troy. https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2422521
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, didorong oleh sentimen global yang lebih baik berikutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang mereda, kata peniaga. Beliau berkata pasaran turut disokong oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan harapan baharu mengenai langkah-langkah rangsangan seterusnya daripada China. Semalam, dilaporkan Washington akan mengurangkan tarif perdagangan terhadap China kepada 30 peratus daripada 145 peratus manakala Beijing akan menurunkan tarif terhadap AS kepada 10 peratus daripada 125 peratus. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh petunjuk lemah daripada harga minyak mentah...
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh. Peniaga minyak sawit David Ng berkata ringgit yang lebih lemah juga dilihat sebagai faktor positif yang menyokong harga dalam jangka pendek. "Kami melihat harga disokong pada paras RM3,750 setiap tan dan paras rintangan pada RM3,950 setiap tan," katanya kepada Bernama. Pada penutup dagangan, Mei 2025 naik RM18 kepada RM3,790 setiap tan, Jun 2025 meningkat RM16 kepada RM3,813 setiap tan, Julai 2025 menokok RM13 kepada RM3,814 setiap tan, Ogos 2025 menambah RM7 kepada RM3,827 setiap tan, September 2025 bertambah RM4 kepada RM3,837 setiap tan dan Oktober 2025...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar AS. Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,335.10 setiap auns troy daripada US$3,349.30 setiap auns troy pada Khamis. Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing turun kepada US$3,348.10 setiap auns troy daripada US$3,362.30 setiap auns troy sebelum ini. Jumlah dagangan susut kepada 88 lot daripada 102 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 42 kontrak berbanding 125 kontrak sebelum ini. Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 8 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,352.30 setiap auns troy...
Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran juga dirangsang oleh prospek ekonomi yang positif di China dan harapan terhadap keredaan ketegangan perdagangan AS-China. “Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasi bercampur-campur daripada pasaran niaga  hadapan getah serantau dan pasaran buruh AS yang kukuh,” katanya. Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketujuh berturut-turut pada Jumaat dan berada di landasan untuk mencatatkan kenaikan mingguan susulan menjelang rundingan perdagangan itu. Pada 3 petang, Lembaga...
None Ringkasan Trend Pasaran Waratah bergantung pada emas untuk keuntungan. Nilai emas meningkat lebih 45% setahun. Pelaburan dalam saham Kanada meningkat. Menurut laporan Bloomberg, Waratah Capital Advisors Ltd. telah menjadikan emas sebagai taruhan untuk meningkatkan pulangan tahun ini ketika pelabur beralih kepada aset ini untuk melindungi kekayaan mereka semasa perang perdagangan global. “Kita kini hidup dalam dunia yang semakin kehilangan kepercayaan kepada Dolar AS,” kata Pengasas Bersama Brad Dunkley dalam satu surat kepada pelabur yang telah dilihat oleh Bloomberg. “Bank Pusat dan rakyat biasa, terutamanya di India, China, dan pasaran membangun, semakin beralih kepada emas untuk memelihara daya beli mereka.” Dunkley...
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), ketika pelabur mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kestabilan politik dan ekonomi global, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes. Pada masa sama, katanya, dolar AS melemah dan pasaran saham bertukar menjadi tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan ekonomi yang meningkat, ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan politik. “Dengan beberapa pasaran global ditutup untuk Easter, dagangan lebih rendah, tetapi mesejnya jelas, ia bukan satu langkah rawak. “Emas yang meningkat bukan sahaja pada hasil yang lemah atau dolar AS yang lebih lemah tetapi disebabkan oleh...

Recommended Brokers

We recommend only the best brokers!




CG Sponsors




Back
Top
Log in Register