BTC USD 86,477.3 Gold USD 4,342.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Commodities News

Get the latest Commodities News, market updates, and expert analysis for traders and investors. Stay informed on price trends, market forecasts, and breaking developments in energy, metals, agriculture, and global raw materials. Follow real-time insights to make smarter trading decisions in the commodities market.
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Kaji Semula Risiko Asia Barat
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pelabur Kaji Semula Risiko Asia Barat Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah selepas kenaikan baru-baru, apabila pelabur menilai semula risiko geopolitik dan kebimbangan inflasi berkaitan dengan ketegangan yang kembali memuncak di Asia Barat. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 menyusut kepada US$4,537.50 setiap auns troy daripada US$4,572.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala kontrak Jun 2026 menurun kepada US$4,554.50 setiap auns troy daripada US$4,589.80 setiap auns troy. Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya ditutup rendah kepada US$4,568.20 setiap auns troy daripada US$4,604.00 setiap auns troy sebelum ini. Jumlah dagangan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran COMEX, LBMA
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran COMEX, LBMA Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan dalam COMEX Amerika Syarikat (AS) dan penanda aras emas London Bullion Market Association (LBMA) di tengah-tengah kelemahan dolar US serta sentimen pelabur yang bertambah baik dengan harapan ketegangan geopolitik antara AS dan Iran akan mengendur. Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,572.80 setiap auns troy daripada US$4,531.60 setiap auns troy yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada U$4,589.80 setiap auns troy daripada U$4,548.60 setiap auns troy. Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya...
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur
Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dalam jangkaan prospek bekalan yang lebih baik di negara-negara pengeluar utama seperti Thailand dan Indonesia. “Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Isnin, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dalam optimisme terhadap potensi perjanjian damai AS-Iran. “Harga minyak mencecah paras terendah dalam tempoh dua minggu pada Isnin dengan harapan terhadap potensi perjanjian damai AS-Iran walaupun...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan ketara dalam persekitaran ketegangan yang berterusan di Asia Barat. Seorang peniaga berkata emas kekal tertekan tetapi berdaya tahan, terperangkap dalam keadaan berbelah bahagi antara peningkatan hasil Perbendaharaan dan ketidakpastian Asia Barat yang berterusan. Hasil Perbendaharaan AS meningkat pada Selasa lalu apabila pelabur terus menjual bon kerana bimbang inflasi kembali melonjak, menyaksikan hasil Perbendaharaan 30 tahun mencapai tahap tertinggi dalam tempoh hampir 19 tahun...
Pasaran Getah Cenderung Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran Getah Cenderung Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Pasaran getah dijangka diniagakan dengan kecenderungan lebih rendah minggu depan dipacu oleh bekalan getah baharu susulan berakhirnya tempoh musim sejuk, kata pakar industri Denis Low. Low berkata taburan hujan berlaku secara berterusan, namun tidak terlalu lebat sehingga menjejaskan aktiviti menoreh. “Terdapat lambakan bekalan yang memanfaatkan paras harga tinggi semasa dan terus dipacu oleh aktiviti spekulatif dalam kalangan pengusaha serta peniaga. “Pasaran sedang menunjukkan reaksi rintangan (menolak kenaikan harga) dan mereka sewajarnya berhati-hati. Terdapat juga bekalan getah sintetik yang mencukupi,” katanya kepada Bernama. Senada dengan Low, Persatuan Pengeluar...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki prestasi yang lebih lemah di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan dolar AS. Pengukuhan dolar AS itu berikutan harga minyak mentah yang lebih tinggi dan meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta iaitu Mei 2026 susut kepada US$4,531.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,549.80 bagi setiap auns troy pada Khamis manakala kontrak Jun 2026 turun sedikit kepada US$4,548.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,566.80 bagi setiap auns troy. Kontrak Julai...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia
Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis. Pengarang Urusan dan Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM menyusut antara RM90 hingga RM130 untuk keseluruhan kontrak bulanan, terkesan dengan jualan besar-besaran susulan butiran baharu mengenai rangka kerja eksport Indonesia yang disemak semula. Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Rabu mengumumkan rancangan menyelaras eksport komoditi utama secara berpusat untuk melonjakkan hasil...
Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau
Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga. Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh pendirian para pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan kadar faedah, membawa kebimbangan bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama. Minit mesyuarat Fed pada akhir April menunjukkan bahawa ramai penggubal dasar sedang mempertimbangkan kenaikan kadar faedah dalam persekitaran inflasi meningkat. “Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat meskipun pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi yang lebih lemah. Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat kepada US$4,549.80 setiap auns troy daripada US$4,490.30 setiap auns troy pada Rabu manakala kontrak Jun 2026 menokok kepada US$4,566.80 setiap auns troy daripada US$4,507.30 setiap auns troy. Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup lebih tinggi iaitu pada US$4,581.10 setiap auns troy daripada US$4,521.30 setiap auns troy semalam. Jumlah dagangan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi kelemahan dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS). Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 jatuh kepada US$4,490.30 setiap auns troy daripada US$4,557.80 setiap auns troy pada hari Selasa dan kontrak Jun 2026 susut kepada US$4,507.30 setiap auns troy daripada US$4,574.80. Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,521.30 setiap troy auns berbanding US$4,588.80 setiap auns troy yang disaksikan semalam. Jumlah dagangan meningkat kepada 45 lot daripada 19 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 120 kontrak berbanding...
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga. Pada masa ini, minyak mentah Brent menyusut sebanyak 1.13 peratus kepada US$109.97 setong. Peniaga itu berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun susut pada Rabu apabila aktiviti torehan pokok getah bertambah baik di Thailand dan Afrika Barat yang menjejaskan harga semerta komoditi itu. Beliau menambah sentimen turut terkesan disebabkan kebimbangan berhubung pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan dan ketidaktentuan yang berterusan ekoran konflik di...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kelemahan COMEX AS Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah dalam pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS). Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mei 2026 berkurangan kepada US$4,557.80 setiap auns troy daripada US$4,561.20 setiap auns troy auns semalam dan Jun 2026 susut kepada US$4,574.80 setiap auns troy daripada US$4,578.20  setiap auns troy. Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya diselesaikan lebih rendah pada US$4,588.80 setiap auns troy berbanding US$4,592.20 setiap auns troy auns yang direkodkan pada hari Isnin. Jumlah dagangan meningkat kepada 19 lot daripada enam lot, manakala kepentingan terbuka menokok...
Pasaran Getah Ditutup Rendah
Pasaran Getah Ditutup Rendah Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga. Beliau berkata harga minyak menyusut pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa beliau telah menghentikan serangan yang dirancang ke atas Iran bagi membolehkan rundingan untuk menamatkan konflik di Asia Barat. Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 1.71 peratus kepada US$110.22 setong. Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh ketidakpastian mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan kesan inflasi daripada konflik Asia Barat...
Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Harga Minyak Mentah Kukuh
Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Harga Minyak Mentah Kukuh Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, aktiviti dagangan didorong oleh sokongan kukuh daripada pergerakan harga minyak mentah. Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan sawit menjejaki peningkatan harga minyak mentah untuk diniagakan dengan lebih tinggi. “Niaga hadapan MSM melonjak lebih daripada RM100, dan dua kontrak bulan terdekat kedua-duanya ditutup dengan peningkatan melebihi paras itu,” katanya kepada Bernama. Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata harga kukuh pada awal sesi dagangan...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Di Pasaran COMEX
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Di Pasaran COMEX Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi hambar di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX). Pada akhir dagangan, bulan semerta Mei 2026 turun kepada US$4,561.20 setiap auns troy daripada US$4,569.90 pada Jumaat, manakala Jun 2026 susut kepada US$4,578.20 setiap auns troy daripada US$4,586.90. Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 masing-masing ditutup rendah pada US$4,592.20 setiap auns troy daripada US$4,600.90 yang dicatatkan Jumaat lepas. Jumlah dagangan berkurangan kepada enam lot daripada 28 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 86 kontrak daripada 94 kontrak. Harga emas...
Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah
Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Pada masa ini, minyak mentah Brent meningkat 0.59 peratus kepada US$110.10 setong. Peniaga itu berkata sentimen pasaran disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan keyakinan susulan berakhirnya rundingan antara AS dan China. Dilaporkan kedua-dua negara bersetuju secara prinsip untuk menurunkan tarif ke atas barangan terpilih susulan sidang kemuncak peringkat tinggi yang diadakan di Beijing baru-baru ini. “Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah, ketegangan yang...
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Berikutan Paras Stok Tinggi
Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Berikutan Paras Stok Tinggi Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan paras stok yang tinggi dan aktiviti pengambilan untung. Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata menurut data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), stok minyak sawit Malaysia berada pada paras 2.3 juta tan bagi April, lebih tinggi berbanding paras bulan sebelumnya. "Kedudukan stok yang tinggi menyebabkan niaga hadapan MSM dijangka mengalami penurunan minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung, dengan harga berkemungkinan berada antara RM4,200 hingga RM4,350 setan," katanya...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,500 Hingga US$4,600 Minggu Depan
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,500 Hingga US$4,600 Minggu Depan Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan berlegar-legar dalam jajaran US$4,500 hingga US$4,600 setiap auns troy pada minggu depan. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh baru-baru ini dijangka mendorong Rizab Persekutuan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada tahun ini. “Ini akan memberikan sokongan kepada dolar AS dan berkemungkinan menjejaskan harga emas,” katanya kepada Bernama. Berdasarkan perbandingan minggu ke minggu, kontrak bulan semerta Mei 2026 menyusut kepada US$4,569.90 setiap auns troy pada Jumaat daripada...
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,500 Hingga US$4,600 Minggu Depan
Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,500 Hingga US$4,600 Minggu Depan Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan berlegar-legar dalam jajaran US$4,500 hingga US$4,600 setiap auns troy pada minggu depan. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh baru-baru ini dijangka mendorong Rizab Persekutuan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat pada tahun ini. “Ini akan memberikan sokongan kepada dolar AS dan berkemungkinan menjejaskan harga emas,” katanya kepada Bernama. Berdasarkan perbandingan minggu ke minggu, kontrak bulan semerta Mei 2026 menyusut kepada US$4,569.90 setiap auns troy pada Jumaat daripada...
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi lemah pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS). Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,569.90 setiap auns troy daripada US$4,710.70 pada Khamis, manakala kontrak Jun 2026 turun kepada US$4,586.90 setiap auns troy daripada US$4,727.70 setiap auns troy semalam. Kontrak bulan Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 semuanya pada US$4,600.90 setiap auns troy daripada US$4,741.70 setiap auns troy sebelumnya. Jumlah dagangan naik kepada 28 lot daripada 13 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 94 kontrak daripada 81 kontrak sebelum itu. Harga emas...
Back
Top
Log in Register